marah korang kan
penat-penat baca dan hantar komen
last entry Lost World of Tambun aku cakap tak berbaloi pun pergi sana

opss, nanti dulu!!!
aku cakap tak berbaloi untuk diri sendiri
lain orang lain pandangannya
rambut sama hitam..hati lain-lain..
aikk, ke situ pulak

Lost World of Tambun

okey, selamat tinggal Lost World of Tambun

sebelum aku cakap lebih lanjut kenapa aku rasa tak berbaloi pergi sana..meh layan gambar lagi..sikit jer…tak banyak pun

time ini aku sorang-sorang kat tempat lepak…
masing-masing pergi mandi dan main games.
aku kena jaga beg-beg yang penuh harta benda…
eh, ada perubahanlah wajah aku sejak guna safi rania gold..sempat lagi promote.

selain menjaga beg yang penuh harta benda, aku kena jaga budak kat bawah ini.
mamanya seronok pergi main games..si anak lena tidur..
tapi time ni nangislah…

si azwa sampai dua kali naik train

pastu aku bawa aqeel naik badak sumbu…mula tu nak letak kepala aqeel kat mulut badak tu..tapi aku takut badak tu tiba-tiba tutup mulut..naya…

mentang-mentanglah asyik aku kena pegang kamera tak boleh jadi ini..kena juga ada sekeping posing sorang-sorang.

selepas duduk kat dalam tu hampir 6 jam..tup-tup time to back ler woi, tandas untuk mandi dan tukar baju very the open tau boleh tengok orang sebelah. kalau dah gitu buat apa dipasang pintu..haish…mata kena melilau ke belakang dan ke atas

glemer sungguh kucing ini .masa sampai posing..masa nak balik pun posing lagi

restoran?

keluar dari lost world tu, mr. ery nak ambil gambar kat depan tulisan lost world of tambun

kenangan kami untuk pertama kali dan terakhir maybe

Kesimpulannya, aku rasa tak berbaloi pergi sana sebab lebih seronok di Gambang Waterpark di Kuantan. walaupun dari KL ke Kuantan makan masa hampir 4 jam dan dari KL ke Ipoh hanya mengambil masa 2 jam tapi tiket untuk masuk lebih murah. Bab tol dari KL ke kedua-dua tempat tak jauh bezanya. Tapi kalau duduk di KL seeloknya pergi ke Sunway Lagoon atau Desa Waterpark. Kalau duduk Kuantan seeloknya pergi ke Gambang dan kalau duduk belah utara pergilah ke Tambun ini. Terpulanglah kalau mahu rasa penat perjalanan, boleh pilih yang jauh dari yang dekat dengan tempat tinggal.

Macam aku ini yang dekat tak pergi yang jauh beria nak pergi. padahal tempat sama hanya untuk mandi.

Dah habis pun entry Lost World of Tambun

p/s : korang masuk blog ema ini, lambat tak nak loading?

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *