Lantikan Pengawas Sekolah Usia Muda Di Tahap Satu

Sementara tidak busy lagi minggu ini, marilah kita update blog. Sekolah pun dah hampir 3 minggu berlalu. Kali ini tak ada lagi tular budak-budak sekolah yang tersangkut di kerusi, cikgu cantik, cikgu handsome. Cuma anak-anak yang baru masuk tahun satu menangis pada minggu pertama persekolahan itu perkara biasalah kan. Semestinya akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan alam persekolahan.

Pengawas Sekolah Tahap Satu

Kakak Azwa darjah 4 dilantik pengawas sekolah. Kira okeylah sebab dah masuk tahap 2 (Darjah 4 hingga 6). Tapi Abang Aqeel tahun ini baru darjah 3 telah dilantik menjadi pengawas sekolah. Musykil juga mulanya.. dah tunjuk surat perlantikan tu barulah percaya…hehehe.

Dulu, lantikan pengawas biasanya untuk anak-anak tahap 2 dan semestinya berada di kelas cerdik. Kiranya di kelas nombor satu dan dua. Abang Aqeel berada di kelas ketiga. Sistem pendidikan dah berubah. Tak ada lagi kelas cerdik, tak ada kelas tercorot…semua kelas sama tahapnya.

Hari pertama persekolahan, tanya Aqeel apa tugasnya menjadi pengawas? “Kena jaga tangga, mama”. hehehehe..kena jaga tangga maksudnya, jaga kelakuan anak-anak murid lain untuk tidak berlari, melompat, bergurau semasa naik tangga sekolah.

Penolong Pengawas Sekolah

PPSR kakak Azwa tahun ini. Risau pula anak exam tahun ini. Tapi dia rileks jer. Kalau mamanya tak bising suruh baca buku, memang tak bergeraklah dia. Itupun minta mamanya buatkan jadual study, siap pesan hari rabu,jumaat, sabtu dan ahad..ada masa-masa tertentu untuk dia tengok siaran kegemaran dia. Tak banyak 2 siaran jer The Princess Wei Yong dan Running Man.

Kakak Azwa ni sejak umur 4 tahun, dia suka menonjolkan diri dia. Masuk tadika perpaduan, ketuai koir sekolah. Ala, yang duduk kat depan sekali yang buat lentokkan tangan tu, mengikut alunan muzik. Masuk alam persekolahan sebenar, pun sama, suka tonjoklan diri di perhimpunan sekolah. Kalau ada minggu bahasa, ada soalan yang ditanya oleh cikgu..dia orang pertama yang angkat tangan nak jawab. Biarpun ada jawapannya salah. Selamba sajalah.

Sejak jadi pengawas, selalu jadi Emcee di perhimpunan sekolah. Tahun ini, memegang jawatan Penolong Ketua Pengawas. Okeylah, ada juga aktif dia dalam bidang kokurikulum. Nak masuk sukan, entah sukan apa yang dia minat. Tak pula ikut jejak mamanyalah aktif sukan olahraga, tapi jenis yang takut nak berucap di depan. Beza sungguh. Penilaian sekolah sekarang nak yang boleh maju dalam pelajaran dan aktif dalam kokurikulum. Tiket untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. Mudah-mudahan ada rezeki untuk Kakak Azwa tahun depan. Hujung bulan ini, result UPKK pula akan keluar. Tunggulah apa keputusannya nanti.

 

 

About emarieys

Ema has written 1127 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 Shares

4 Comments

  1. bagus lah kecil-kecil dah dapat peluang jadi pemimpin 🙂

  2. Baguslah macam tu,dapat mendidik anak-anak menjadi pemimpin dari kecil lagi.Anak-anak juga dapat meningkatkan displin diri mereka dengan menjadi pengawas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge