Qorban itu sendiri adalah sebagai satu bentuk ibadat kepada Allah: yang diwajibkan keatas seseorang yang mempunyai nisab ia-itu jumlah yang terendah yang menjadikannya wajib zakat, dan jika seseorang itu dikalangan orang yang tidak diwajibkan zakat, maka Qurban itu adalah mustahab (paling disukai) . Walaupun begitu adalah terlebih besar ganjarannya semasa Haji itu, diberikan galakan untuk mengorbankan binatang-binatang sebanyak-banyaknya .Rasulullah SAW sendiri megorbankan sertaus ekor unta semasa Haji. Rasulullah SAW bersabda:” Mengorbankan binatang untuk Allah , adalah sunnah nabi Allah ibrahim as. Dan setiap bulu daripada binatang yang diQorbankan itu memberikan ganjaran satu amalan baik bagi orang yang melakukan Qorban.”
Rasulullah SAW bersabda : “ Bila seseorang mengorbankan binatang, dia akan diampunkan pada permulaan titik darah yang jatuh, dan sesungguhnya binatang itu akan dibawa kehadapan dengan kesemua darahnya , daging, tanduk dan tapak kakinya dan akan ditambahkan beratnya sebanyak tujuh puloh kali lebih daripada timbangannya sendiri: kemudian akan diletakkan diatas neraca amalan untuk ditimbangkan. ”(Kanz)
Perhatikan dengan sebaik-baiknya bahwa Rasulullah SAW mengorbankan binatang qorbannya sendiri dan mengorbankan bagi pihak semua ummatnya. Ini adalah kerana cinta dalam ingatannya kepada mereka. Dengan ini sepatutnya dan sebaik-baiknyalah jikalau seseorang berkemampuan untuk mengorbankan binatang tambahan untuk Rasulullah SAW, maka sebagai tambahan bagi qorbannnya sendiri seekor lagi bintang dikorbankan bagi pihak Rasulullah SAW.
Papantanda kemek ketika merebahkan lembu
Saidina Ali r.a selalu melakukan ini. Beliau mengorbankan seekor untuk dirinya dan seekor lagi pihak rasulullah SAW. Seorang bertanya mengenai ini dan beliau berkata : “ Aku ingat akan sabda-sabda Rasulullah SAW:”Boleh kah aku lakukanQorban bagi pihakmu?” maka aku akan meneruskannnya demikian”.(Kanz) Saidina Umar r.a juga menyerahkan Qorbannya bagi pihak anak-anaknya yang kecil.
Masing-masing berhimpun untuk melihat secara dekat ketika penyembelihan lembu yang paling besar
Dengan ertikata yang sebenarnya korban itu adalah satu amalan memperingati akan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as. Ianya mengenangkan amalan Ibrahim a.h Sebagaimanan yang disebutkan oleh Rasulullah SAW:” Ini adalah sunnah daripada bapamu Ibrahim (a.s): yang inginkan anak pada masa umurnya sudah lanjut, sehingga ia dikurniakan Ismail. Bila anak yang kecil ini mencapai kecerdasan dan berguna , maka Nabi Ibrahim a.s diperintahkan untuk mengorbankannnya. Nabi Ibrahim a.s
Tidak goyah dan ragu-ragu didalam mentaati Allah . Inilah sebenarnya satu dugaan dan ujian yang besar bagi kedua ibu bapa dan anak. Kedua-duanya menerima ujian ini dengan senang hati dan taat.
Lembu yang paling besar antara 13 ekor lembu untuk dikorbankan
Kemudian dengan pisau yang tajam dia meneruskan penyembelihan batang leher anaknya yang dikasihi: akan tetapi Allah dengan Rahmatnya, Cuma dengan sekelip mata sahaja daripada kuasanya yang tidak terbatas, mengizinkan pengorbanan itu disempurnakan dengan seekor kibas sebagai ganti Nabi Allah Ismail a.s dan mengishtiharkan :
Palang patah ketika merebahkan lembu hitam yang besar tadi
Mafhum Al-Quran: Assaffat: 105
Ertinya: ” Engkau telah pun menyempurnakan maksud (mimpi) yang engkau lihat itu.” Demikianlah sebenarnya Kami membalas kepada orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.”
Kanak-kanak begitu teruja dan sedikit pun tidak takut dengan darah yang mengalir.