kursus skmt

Kursus SPKM Persiapan Untuk Posting

Fuhhh, masih tak setel lagi minggu kursus… minggu depan barulah lega.. dah lama diri sendiri tak berkursus, otak pun kadang macam jem… banyak pengetahuan yang terima.. demi persiapan posting..wajib.

Kursus SPKM Pre-Posting

Kursus SPKM ni untuk pegawai dan pasangan yang bakal berkhidmat di luar negara. Pergi kursus bersama pasangan pun yang tak acinya tetap aku juga yang drive kereta. Mr Ery mengelak drive masuk KL.

Banyak input diterima, pelbagai pengalaman yang dikongsi oleh penceramah-penceramah yang dijemput.

Bila di tempat orang nanti, akan bawa imej Malaysia dan bukan lagi imej “bekerja kat mana”. Lain negara lain pengalamannya…lain pula masalahnya. kena pandai bawa diri.

Ada dua tiga kenalan yang agak lama tak bertemu walaupun 1 Kementerian. Yealah, aku kat KL,  Kementerian pula di Putrajaya. Dapat berkenalan dengan mereka dari Jabatan Imigresen, Tourism, JPM, Pendidikan dan juga MINDEF yang bakal berada satu negara nanti. Good luck untuk semua!!! Selamat menempuh suasana bekerja yang baru. NERVES itu ada.

Tidak semestinya dapat negara yang dekat dengan Malaysia itu lebih seronok dari yang jauh. Tak gitu? Semakin hari semakin berdebar-debar menunggu hari yang bakal tiba nanti. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan semua.

Lepas ini, busy untuk packing barang-barang keperluan yang hendak dibawa nanti. Ke manakah? Nantilah aku share. Doakan aku yer korang.

 

 

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge