Kursus Petugas Barisan Hadapan

Masuk hari kedua berpuasa. Selamat berpuasa kawan-kawan.

Petugas Barisan Hadapan.

petugas barisan hadapan

Mitos The Customer is Always Right. Pelanggan sentiasa benar. Kadangkala pelanggan membuat permintaan yang tidak berasas dan kadangkala juga mempunyai harapan yang tidak berasas. Kadangkala pelanggan bermain tarik tali dengan kebenaran sebenar.

Kerja yang harus diharungi oleh penjawat awam yang bekerja di barisan hadapan seperti perkhidmatan di kaunter dan perkhidmatan telefon.

Berkursus  Perkhidmatan Pelanggan Petugas Barisan Hadapan Kementerian selama 3H 2M di Port Dickson. Walaupun tidak ditugaskan di barisan hadapan, tetapi input dari kursus ini akan dibawa ke mana-mana. Bertugas di barisan hadapan perlu mempunyai hati yang cekal, kecerdasan emosi, mesra dan adil untuk menghadapi situasi pelanggan kadangkala baik kadangkala tidak.

Petugas di Barisan Hadapan mesti mengamalkan ‘Amalan 8S’.

  1. Segak
  2. Senyum
  3. Salam
  4. Sayang
  5. Sopan
  6. Sensitif
  7. Sempurna
  8. Segera

Kursus barisan hadapan

Etika pemakaian bagi petugas di Barisan Hadapan juga penting. Tidak melebihi tujuh elemen di anggota badan termasuk cermin mata, jam tangan mahupun cincin.

jelitawan

Bagaimana menenangkan pelanggan yang sedang marah?

  1. Sentiasa tenang
  2. Biarkan pelanggan melepaskan perasaan
  3. Tunjukkan empati
  4. Terima tanggungjawab
  5. Berikan pilihan
  6. Cari punca masalah – tanya pelanggan bagaiman cara boleh membantunya.

SENTIASA SENYUM

Walaupun satu Kementerian tapi bahagian lain-lain. Lebih lagi aku di KL manakala Kementerian di Putrajaya. Bila berkursus, di sinilah perkenalan akan bermula.

kursus kerani

Tapi AWAS, Senyuman juga kadangkala mengelirukan. Ada senyuman ikhlas, ada senyuman mengejek dan ada juga senyuman palsu.

khidmat pelanggan

Jangan sesekali senyum apabila pelanggan melepaskan geramnya, Perlu melahirkan rasa simpati dan jangan sampaikan pelanggan rasakan yang mereka dipermainkan.

Bukan senang kerja di barisan hadapan.

 

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

7 thoughts on “Kursus Petugas Barisan Hadapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge