Tahun 2018 semua pakat berniaga. Habis semua berniaga siapa yang nak membelinya? Tak semua perniagaan itu sama urusniaganya. Ada yang berniaga produk kecantikan, produk kesihatan, produk berasaskan makanan, barang kemas, servis perkhidmatan dan lain-lain lagi kan. Orang yang berniaga produk kecantikan tidak semestinya tidak membeli produk kesihatan..tak gitu?
Kursus E Bisnes Percuma Langkah Pertama
Tak mampu cari yang berbayar, carilah yang percuma sebagai input untuk mulakan perniagaan. Pepatah pun ada menyatakan Carilah Ilmu Hingga Ke Negara China. Adik MamaEma dari Kelantan pun sanggup turun untuk dapatkan ilmu apatah lagi si kakaknya yang berada di Kuala Lumpur ni. Selesai sudah dengan Kursus E Bisnes percuma full day. Minggu ini ada lagi dua kursus percuma yang akan kami pergi.
Plan Perniagaan
Nak berniaga apa MamaEma? Diikutkan dalam kotak fikiran ni, banyak sangat. Semua nak buat. Tapi sedar, itu semua tak mampu pun. Pernah berniaga tudung, pernah berniaga kain pasang tapi kali ini plan nak berniaga dalam servis perkhidmatan. Tukang urut ke? Oh, tidak sama sekali. Tukang urut untuk my laki Mr Ery seorang saja lah. Masih survey lagi, adakah bisnes ini okey ke tidak. Moga dipermudahkan.
Semoga dipermudahkan Dan menjadi business woman berjaya
Mama pipie recently posted…Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah Melaka
good luck ema..
Satu langkah lain. Good luck!
Lynda Che Lah recently posted…Wanita dan Resit ~ Kenapa Mesti Simpan Resit Ye?
Bagus diadakan kursus mcm ni. Semoga terus berjaya kak
all the best ema
Raihanah recently posted…CoQ10 Bantu Tingkatkan Tenaga Sel
Good luck ema
Nak berniaga kena cekal dan kuat semnagat
kalau ada hati yang tak menyerah kalah
pasti akan ada halangan, kita boleh hadapi juga
Ibu Zaid recently posted…9 Langkah Menjaga Jubah Hitam Abaya Supaya Tahan Bertahun Lama!