Bukan Kurma Dari Yusuf Taiyoob

Dah masuk hari ke 10 berpuasa, hari ke lima baru dapat merasa kurma dari pemberian orang. Nak tunggu orang bagi saja, beli tak. Sebab tak dapat dari orang, pergi beli kurma di Giant sehari sebelum dapat. Kurma yang dibeli pun bukan kurma dari Yusuf Taiyoob. Walaupun jenama Yusuf Taiyoob memang paling terkenal, tetap pilih jenama lain. Entah, tak tahu nak jawab kenapa jika orang tanya kenapa tak beli kurma Yusuf Taiyoob. Adakah sebab ianya produk dari Iran, kita perlu boikot. Kenapa setiap produk ada jenama, pasti akan keluar isu yang menentang. Tak pastilah samada betul ke tak kurma Yusuf Taiyoob dari Iran.

Kurma

Pemberian sekotak kurma dari seorang pegawai. Kurma Samin yang basah dan sangatlah manis. Terima kasih banyak atas pemberian ini.

Penangan roti john unan, sampai rumah nampak dua bungkus roti john atas meja. Terima kasih mr.ery. Alhamdulillah, kenyang berbuka puasa dengan roti john tanpa makan nasi. 10 hari puasa baru 2 kali berbuka dengan nasi.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1254 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

26 thoughts on “Bukan Kurma Dari Yusuf Taiyoob

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge