Pemakaian Susuk Beradu
Review

Kulit Tegang Dengan Susuk Beradu Imaan Suci

Anak terkejut tengok mamanya pakai susuk. “Mama pakai susuk apa ni?” . Ini serum lah anak. Serum susuk beradu namanya…bukan susuk cucuk-cucuk tu. Memang dah lama aim nak pakai serum ni, maklumlah dah nak jejak umur ke 40 tahun kan. Kulit muka pun dah boleh nampak kedutan-kedutan. Masalah kulit muka ema pula jenis kering, dan Ema jenis yang jarang pakai pencuci muka.

Pemakaian Susuk Beradu

Serum Kaya Dengan Emas

First time jumpa serum yang diperkaya dengan serbuk emas 24k. Wow, mahal ni. Eh, taklah. Harga bajet dan mampu untuk dibeli demi kecantikan. Antara kelebihan yang ada pada Serum Susuk Beradu:

Kelebihan
  • Menegangkan dan memudakan kulit
  • Melambatkan penipisan kolagen dan meransang kolagen baru
  • Merawat kerosakan akibat sinar matahari
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Memudarkan jeragat
  • Mengecutkan jerawat
  • Awet Muda
  • Anti-Aging

Bagi yang menghadapi masalah  JERAWAT, KULIT TONA TIDAK SEKATA, KULIT KUSAM dan KULIT KENDUR mesti kena cuba yer.

Cara Penggunaan
  • Sebagai serum malam dan siang. Hanya pakai 2 kali sehari.
  • Sebagai makeup based atau primer
  • Campur Bersama foundation , krim pelembap atau sunblock

 

Pemakaian Susuk Beradu

Sekali sapu terus jatuh hati

Dengan sapuan beberapa titik serum, dan ratakan akan terasa regangan pada muka. Paling Ema suka ianya tidak melekit. Meresap terus ke dalam kulit. Bila buka packaging, bau harum menusuk di hidung. Anak pun cakap “patutlah ayah saya dah tak cari orang lain, ayah saya sayang sangat kat mama saya”. Tak percaya.. klik video kat bawah:

Ke mana sahaja Ema akan bawa..

Pemakaian Susuk Beradu

Produk Imaan Suci lain

Satu lagi produk Imaan Suci yang Ema jatuh hati adalah Imaan Family Wipes atau tisu basah seisi keluarga.  Sedap juga baunya. Tapi tak jadi simpanan Ema, kakak Azwa dah simpan kemas. Katanya “ini dia punya”.

Pemakaian Susuk Beradu

Jatuh hati juga ke tidak? Kalau jatuh hati dan nak juga dapatkan serum beradu bolehlah layari:

Semuakan di hujung jari sahaja.

 

 

About emarieys

Ema has written 1159 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

1 Comment

  1. woaa bestnya.. macam nak try laa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge