Kuali Berkerak Kembali Kilat Dengan Sabun di Kedai Eco

kerak kuali

Kuali berkerak?

Penangan tengok youtube channel Sugu Pavithra, dia punya kuali sangat berkilat.

Pergi ke dapur, tengok aku punya kuali…fuh berkerak 2 inci.

Hahahaha..tak pernah sental belakang kuali..just cuci biasa macam cuci pinggan mangkuk jer.

Aku respek dengan kaum India ni..bab periuk, kuali memang tak boleh lawan.

Memang tak berkerak..sentiasa berkilat.

Masa study di Kuantan, rumah sewa aku berjiran dengan keluarga India.

Lepas masak, hari-hari nampaklah diaorang sental periuk kuali diaorang kat luar. Jemur kat luar.

Bukan tak rajin nak menyental..orang cakap makin sental nantikan makin nipis pula kuali. Tak gitu?

Kemain alasan.

Video : Tips Dari 1 Botol Pencuci Pinggan Menjadikan 5 Botol

Alang-alang time PKP ni, kenalah merajinkan diri untuk menyental bontot kuali yang dah berzaman tak sental.

Awalnya, aku ada try juga letak soda bikarbonat tu..huh, tak menjadi pun. tebal sangat kerak kuali aku ni..

Lepas itu, aku pakai sabun buku kedai eco ni…tak berbuih tapi kira powerlah.

sabun untuk hilang kerak belakang kuali

Ada dalam 4-5 ketul dalam 1 bungkus…alamak, dah lupa.

Sapu kat bontot kuali, sentallah pakai berus besi yer.

Bukan dengan berus span tau.

Aku duk menyental kuali hampir 3 jam.

Malamnya, habis lenguh-lenguh bahu dan tangan.

Hasil lepas 3 jam menyental..

cara hilang kerak bontot kuali 2

Tak berkilat macam kuali Sugu Pavithra, okeylah dari yang sebelumnya kan.

Bahagian yang masih ada hitam-hitam tu dah tak ada kudrat aku nak buat.

Agaknya kena pakai mesin lagi senang.

Tengoklah berapa lama akan bertahan dengan bontot kuali kilat ni.

Bila kuali dah berkilat, nak masak pun rasa rajin.

Hehehehe.

 

 

About emarieys

Ema has written 1294 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Tagged :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *