Kesinambungan dari program yang pernah dihadiri sebelum ini, Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) telah mengedarkan 30 ribu kad NGO Negaraku secara percuma kepada NGO dan Koperasi berdaftar.
Program Komuniti Digital NGO Negaraku
Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 Prinsip:
- Menghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku.
- Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
- Mendidik Masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.
Pengenalan Mobile App
Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang kini boleh diakses oleh pemegang kad sahaja.
Mobile App ini mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuain untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
Majlis yang diadakan pada 10 Februari 2018 (Sabtu), wakil NGO atau Koperasi yang hadir pada majlis ini diberikan 150 keping kad untuk diagihkan kepada ahli secara percuma selama dua bulan. Sebaik sahaja mengaktifkan Mobile App NGO Negaraku melalui aplikasi Play Store pada android, bayaran sebanyak RM150 akan dikenakan kepada setiap ahli untuk menikmati faedah berterusan.
Konsep Komuniti Digital NGO Negaraku (Infographic)
Dengan bayaran ini, ahli akan menikmati:
- Perkhidmatan tunai RM150 secara terus dan percuma.
- Penjimatan berterusan melalui “Beli dan Jimat”
- Menderma
- E-Platform dan Fi-Tech

Terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga yang terbaik termasuklah Kaspersky, Ez Ride dan Comfort Reflexology.
Nice Sharing.Thank you for this info.
Bagus kan Apps ni sebenarnya
memang bagus sebenarnya app ni