Kota Kinabalu, Sabah ..first time datang sini bah..

First Time  Ke Sabah

As Salam Semua

tentang percutian saya di Kota Kinabalu, Sabah…yea..yea lah cutinya…kerja daa… hehehe… first time menjejak kaki ke Kota Kinabalu ini…ingatkan plan cuti tahun depan yang first time…rezeki saya tahun ini dapat datang ke sini…biarpun kerana kerja…

 

 

baru tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah

 

 

Pelepasan Masuk Sabah

biarpun kita ni warganegara Malaysia…tapi bila sampai negeri Sabah ni… wajib kena check IC/Passport yea… pihak Imigresen akan kasi satu keping resit permaustatin hanya untuk sembilan bulan…sembilan ke enam…dah lupa..rasanya sembilan kot…untuk elak masalah tak boleh hilangkan resit itu… time nak balik nanti..resit itu akan dikembalikan semula…

 

 

dah namanya datang kerana kerja…adalah transport yang dah get ready… tq bos.. datang ambil kitaorang dengan kotak hitam seberat 100 kg (pasal kotak inilah ada stori pahitnya)

 

 

Menginap di Hotel Promenade

di sinilah kami menginap untuk lima hari.. Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah… hotel ditengah-tengah bandar…mengadap laut…

 

 

saya dapat flat skrin punya tv…dua orang teruna dapat tv besar gabak….hahaha… tapi sedih laa… sebab tinggal anak-anak kan… pastu katilnya dikasi dua…haish… malam-malam tidur lampu pasang…tv pun pasang….penakut punya orang….

 

 

hari ini saya berpuasa tau..ini gambar minggu lepas punya… makanan yang diaorang ni memang best belaka…orang cakap kalau tinggal hotel..janganlah makan nasi…makanlah apa yang jarang jumpa…tapi perut kami ini tak boleh tak makan nasi…nanti kebulur…

 

 

okey akan sambung the next episode yer

daaaa

 

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge