Bulan Ramadan semakin menghampiri, maka banyaklah hotel-hotel dan restoran-restoran sekarang tengah mempromosikan hidangan bufet ramadhan dengan tawaran harga yang menarik. Salah satunya adalah Restoran Riverside, PWTC.
Hidangan Bufet ‘Selera Ramadan’ Konsep Pasar Malam
Tertarik pula aku dengan konsep PASAR MALAM yang ditawarkan oleh Putra World Trade Centre (PWTC) yang menawarkan 300 juadah makanan termasuk 24 gerai makanan di Restoran Riverside, PWTC. Mengapa konsep PASAR MALAM? Menyedari tentang selera muslimin dan muslimat yang lebih gemarkan makanan-makanan ringkas dan kepelbagaian yang ditawarkan di bazar atau pasar malam setiap kali tibanya bulan puasa, PWTC mengambil pendekatan dengan menawarkan menu-menu khas pasar malam dengan keselesaan di dalam ruangan berhawa dingin.
Turut diselitkan elemen-elemen pasar malam ke dalam hiasan gerai, pakaian pelayan dan cef selain cara makanan hidangan.
300 Juadah Makanan
Antara menu-menu pasar malam yang ditawarkan seperti apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, aneka jenis kuih Melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, sate banyak lagi.. Kan tulis 300 menu, penuh satu entri…hehehe. Menurut Cef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih, pelbagai menu istimewa masakan ala kampung akan bertukar setiap hari.
Eh, kejap-kejap..ada ikan goreng celup tepung. Sedap. Makan meratah cicah dengan air lada. Bila aku balik Kelantan, baru jumpa..tapi kat sini ada.. sukaaaa.
Ada nasi kerabu, nasi dagang. Yeah, nasi dari negeri Kelantan dan Terengganu ada juga di sini. Tak adalah rasa sedih bila teringin sangat nak makan, tidak perlu nak balik negeri.
Setiap lauk, aku ambil sikit-sikit untuk merasa semua juadah. Tengoklah dalam pinggan yang aku makan ni, berapa lauk yang ada. Inilah masakan yang dicari-cari, masakan kampung atau masakan orang Melayu. Semestinya tekak orang Melayu akan cari nasi untuk berbuka. Terus terang aku cakap, masakannya seperti masakan ibu. Sedap sangat.
Tiada KAMBING, memang silap besar
Aku pun pelik, selalunya bila cari tempat buka puasa yang hidang bufet akan tanya”kambing ada?” Itu Mr. Ery yang selalu tanyalah… kalau tak ada, dia tak nak. Aku tak kisah ada ke tak ada, janji masakan sedap. Yealah, dah kambing aku tak makan pun. Lain pula Mr. Ery, dia “hantu kambing”. Mana-mana ada kambing, tak kiralah bakar atau sup..itu yang dia terkam dulu. Ke korang pun sama?
Di PWTC ini ada tak? YES..memang ada. Kalau tak ada kambing, memang silap besarlah. Terhidang depan mata, kambing bakar dan sup kambing.. semerbak bau sup masa mula-mula aku sampai. Ada Mr. Ery hari itu, makan besarlah dia.
Nak tengok kambing bakar? Kenalah tengok video di bawah ini. Saja aku tak ambil gambarnya…visual bergerak, pasti korang akan tergoda kan.
Dah kekenyangan dengan makanan berat, jangan pula lupa makan makanan ringan. Makan Dessert. Segala jenis dessert pun ada, tak tahu yang mana satu nak makan dulu..mana satu nak makan kemudian. Buah-buahan, kuih muih, bubur, ketupat, lemang semua ada.
Kemudahan Mudah
Selain juadah yang ditawarkan, kemudahan yang selalu dititikberatkan ketika bulan Ramadan semestinya tempat untuk menunaikan solat. Bagusnya, di PWTC ini boleh menunaikan solat maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman, Aras 3 PWTC. Kelengkapan seperti telekung dan sejadah turut disediakan.
Sedia maklum, pengangkutan awam paling senang untuk datang ke PWTC adalah dengan menggunakan perkhidmatan LRT. Sekiranya, tidak mahu bersesak dan nak pandu kenderaan sendiri, ruang tempat letak kereta banyak dan bayaran parkir pun murah.
Program Beramal Bulan Ramadan
Pihak PWTC sentiasa komited dalam menganjurkan kerja-kerja amal sepanjang bulan Ramadan. Antarabta menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa untuk diberikan kepada keluarga fakir miskin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pihak PWTC juga bekerjasama dengan Yayasan Kasih Tauhid untuk mengedarkan bungkusan makanan kepada fakir miskin dalam Program Sentuhan Kasih Ramadan siri ke-4.
Pihak PWTC juga kini kembali menganjurkan program “Mari Beramal di Bulan Ramadan” dengan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Harga Bufet Ramadan
“Ema, mesti harga mahal ni”. Ishh korang ini, cepat sangat teka harga. Murahlah. Sangat murah harga bufet di PWTC. Tak percaya pun dengan harga yang ditawarkan. Bulan RM100..bukan RM90 tapi RM88 bersih untuk 1 kepala dewasa, RM 75 warga emas dan RM 45 kanak-kanak. Lebih dari berbaloi harganya.
Satu lagi, kalau nak dapat harga yang lagi murah, kenalah beli baucer ‘early-bird’ dengan harga RM75 seorang sebelum 16 Mei 2018. Apa tunggu lagi, buat tempahan awal. Hubungi Restoran Riverside di talian 03-2614 6701/6702 atau 03-2614 6262.
Cuba sehingga boleh, line tengah busy tu…ramai yang dah buat tempahan awal.
Riverside Restaurant
Putra World Trade Centre
Aras 3, 41, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
(Trademark: Lokasi Mood Republik)
Banyaknya menu….!! Suka laaa konsep pasar malam gini. Lebih santai kann…..
Part harga memang macam tak percaya. Murah berbaloi -baloi
Jommm Ema kita buka sini nanti ehh
Perghhh konsep pasar malam terus haaa.tapi kan makanan kt pasar malam sedap kot..especially macan kueytiaw lambak tu…perghhh sedap…
Btw sajian kt sni nampak menyelerakan and harga pun masih berbaloi kan
kueh mueh tu nampak enak sekali terutamanya yang pelita tu… konsep macam ala-ala bazaar ramadhan ke ? menarik ni ada peluang nak cuba la makan berbuka di sini
Pehh.. Mmg pasar malam la.. Sbb hidangan yg ada je dh 300 juadah.. Gila banyak.. Mau pengsan nk pilih apa xtau.. Hahaha.. Harga pon berbaloi…
Suka konsep pasar malam macam ni sebabnya dinaik tarafkan street food ke peringkat lebih tinggi kan..jarang ada street food kat tempat2 terkemuka..lauk pauk semua nampak sedap..my fav pun ada siput sedut tu…bestnyaaaaa
macam2 menu hidangan yang ada.. sedap2 pulak tu…dessert..buah.. mmg menyelerakan sekali..dia buat konsep mcm ni lg la meriah.. =)
Terliurnyaaaaa menu dia semua best memang nampak sedap dan sesuai dengan semua lapisan umur
300 menu??
Wow! Lumayan tu. Best!
Antarablarat and x larat aje la nanti nak makan hu hu hu.
Harga pon berpatutan utk 300 menu 🙂
Kak, konsep bazaar ramadan la best. Semua makanan siap masak ada. Kalau pasar malam ikan ayam mentah dan pakaian pun ada. Ekekeke. Riverside ni saya suka. Sebab dekat dengan pwtc masa mood republic nanti. Nak shopping malam. Kita berbuka kat sini. Hehe
Di buffet ramadhan nanti ada nasi berani atau briani gk. Eh namanya udah cocok blom? Itu loh yg warna warni nasinya. Ada juga sate saya lihat di postingan ini. Sate kajang adakah?
Sangat berbaloi berbuk pusa di sini. Harga bawah seratus. Boleh bawak family makan kt sni. Ikan patin masak tempoyak dia sangat terbaik ! Bertambah nasi jugaklah sy mkn masa tu
Selalu datang sini masa pesta buku jer. Hari2 biasa pun meriah apatah lgi time bulan ramadhan huhu
Walawey sampai 300 menu.memang kenyang sampai ke sahur ni..tp foods tu sumer nampak sedap gila..mujur belum puasa lagi hehe
Tengok makanan dia terasa rugi pulak tak pergi hari tu. Banyak pilihan dan nampak menarik. Nanti Ramadhan sis try lah ke sana…:D
300 juadah makanan dengan harga RM75 sahaja. Memang berbaloi lah kan kena dengan konsep pasar malam tu. Kena cuba lah.
wow the food look so tempting and drooling when look at the pictures. I like satay and the goreng goreng part. So many Ramadhan buffet now.
300 juadah?
Astaga. Maknanya Rawlins ken atry 10 juadah setiap hari sepanjang ramadan kelak hehehe
Harga just RM75 plak tu.
dengar cerita tempat ni antara yang sedap!
oh I like pasar malam. so many variety of food. so yummy
kalau kt ancasa royale serve 120 menus, kt sini 300 menus! omg! tak tau la kalau pergi iftar kt sini, pukul berapa baru nak balik rumah hahaha
Betui tu.. kalau takde kambing memang silap besaq arr hehe