Koleksi tudung terkini yang menjadi pilihan untuk imej muslimah.
Imej Muslimah yang baik adalah bukan sahaja ditonjolkan melalui perbuatan dan pembawakan diri semata-mata. Namun ianya turut dapat diperlihatkan melalui cara pemakaian seseorang itu ketika berada di tempat awam. Wanita yang berhijab sering kali mendapat perhatian dan dipandang tinggi kerana mereka membawa penampilan yang penuh sopan dengan adab yang cukup lembut santunnya. Pemakaian persalinan yang menutup aurat bukanlah sesuatu yang asing jika di Malaysia kerana sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk yang majoritinya adalah beragama Islam kita boleh lihat ramai Muslimah memakai tudung di mana-mana sahaja.
Atas permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran kita boleh lihat banyak rekaan koleksi tudung terkini wanita diperkenalkan. Rekaan yang moden juga ditampilkan bersama pilihan warna yang cukup pelbagai termasuklah corak-corak menarik. Ini memberikan kelebihan buat wanita yang berhijab dalam menggayakan fesyen pakaian Muslimah. Kini dengan adanya pilihan tudung moden yang cukup banyak ianya memudahkan anda dalam menggayakannya untuk dipadankan dengan baju Muslimah yang sesuai.
Tudung atau hijab sangat flexible, malah ianya dianggap sebagai aksesori kepala yang begitu versatile. Ia boleh dipadankan dengan pakaian Muslimah dengan cukup mudah seperti baju kurung, baju peplum kurung, jubah dan kaftan. Bagi menampakkan penampilan yang lebih stylish, jangan lupa bawa bersama handbag atau clutch serta sepasang kasut ballerina flats ataupun wedges.
Koleksi tudung terkini boleh didapati secara online di website online shopping Malaysia atau butik fesyen Muslimah online yang banyak di internet kini. Mereka turut menawarkan koleksi tudung Muslimah dengan harga yang cukup berpatutan sesuai dengan kualiti yang cukup memuaskan. Online shopping adalah jawapan buat mereka yang tidak mempunyai masa untuk keluar membeli-belah.
Sekarang ni memang rambang mata tengok koleksi tudung. Sibuk macamana pun tak membawa erti tak boleh bershopping. Boleh aje buat online shopping sambil- sambil duduk buat kerja pejabat tak pun masa santai-santai di rumah!
Mummydearie recently posted…Bila Adik Cute beraksi…
sekarang ni byk betul pilihan..rambang mata nk pilih ikut trend.. huuhuh
sy lebih selesa pakai shawl biasa je..belit2 sendiri..hihihiih…. 😉
Jom terjah post menarik dari Elly..
Elly Khalid recently posted…ANDA NGANTUK? PENAT? HILANGKAN IA DENGAN……
cantik2 koleksi tudung skrg ni sebab orang semakin kreatif.
Raihanah Ahmad recently posted…Set Kurus dan Sado Terbaik
Tudung sekarang sangat mudah, pakai dan siap 😀
Ani Haryani recently posted…Adakah Cara Pengambilan Makanan Seharian Yang Di Ambil Mengandungi Nutrisi Yang Seimbang?
Nice outfit ! I like all the design and its looking beautiful and traditional.