Puasa belum lagi dah fikir pasal baju rayakan…bulan puasa pun dah tak lama…tukang jahit pun dah tak terima tempahan tau…
Malam tadi tengah godek-godek laman web dan taiplah keyword ‘baju raya’..nak cari dan tengok mana-mana fesyen dan warna yang tertarik dihatikan untuk buat baju raya..alih-alih terjumpa satu blog pasal jualan baju raya rekaan Rizalman di Tesco..Rizalman tu..bukan calang-calang orangnya…tapi biar betul ni dijual di tesco..atas sebab apa?
Atas sebab untuk meraikan pembabitan beliau sebagai pereka fesyen selama 20 tahun. Rizalman akan bekerjasama dengan pasaraya Tesco untuk menghasilkan label 20 by Rizalman yang akan dijual di cawangan Tesco seluruh Malaysia. Konpem pakat nak berebut nanti…
kredit picture di SINI
Baju rekaannya akan dijual dari harga RM180-RM250 sepasang…murahkan… Raya tahun ini bolehlah bergaya dengan baju rekaan Rizalman, mesti kembang hidung sebab rasa diri macam artis…tak gitu?.
Jadi jangan lupa, pastikan u all yang teringin nak bergaya dengan baju raya rekaan beliau berada di depan pintu Tesco yang berdekatan untuk memilikinya. Bukan sekarang tau…ianya akan bermula pada….
>
>
>
>
>
>
>
>
>
9 JULAI 2012
(set terus date kat handphone..kot-kot perlu bermalam kat tesco ke)