Loading...
Travel

Kolam Air Panas La Hot Spring Seronok Berendam Air Panas Hingga Malam

La Hot Spring

Cuaca sekarang memang agak panas. Kalau di KL ada juga hujan turun..tapi sepanjang aku kat Kelantan, setitik hujan pun tak ada. Kesian kat anak yang berpeluh-peluh selepas balik sekolah. Aku pesan kat kakak Azwa, kena banyakkan minum air masak. dan berharap pihak sekolah dapat kurangkan aktiviti di luar kelas buat masa ini.

Bawa Keluarga Tidur di Chalet La Hot Spring

Sebelum balik KL, Mr Ery dah plan nak bawa anak-anak pergi mandi dan bermalam di Kolam Air Panas La Hot Spring. Booking 1 chalet saja untuk keluarga aku, abah dan mak mertua..tapi aku ajak adik beradik aku sekali..lagi ramai lagilah meriahkan…so tambah lagi 2 chalet…on the way balik Kelantan, baru bincang setiap orang yang perlu dibawa.. itupun ikut whatsapp jer. aku sampai malam, esok pagi terus gerak sana…kumpul di rumah my mom. Janji jam 11:00 pagi tayar dah bergolek..alih-alih aku sendiri yang terlambat…yealah, nak selesai dulu kerja kat Casa Emarieys yang tak selesai juga sampai sudah..haih.

Dari rumah my mom lebih kurang 40 minit perjalanan…sampai dalam kul 1:00 petang…minta masuk awal tapi tak dapat sebab chalet belum dibersihkan.. jam 2:00 petang baru dapat check-in. Memandangkan pergi hari Jumaat, yang lelaki semua pergi solat Jumaat…aku tiga beradik lah terpaksa angkut barang.. ulang alik bawa bekalan makanan untuk masak tengahari.. ambil pula port tepi air sungai.. berpeluh jugalah.

Siapa nak hidupkan api? Nak bakar ikan. Semua lelaki tak ada…eh tak semualah..Ada lelaki lain tolong pinjamkan lighter..yang hidupkan apinya..of coz lah me..boleh pula Mr Ery tak percaya..siap cakap pakai getah lah tu…excuse me… pakai plastik jer wak.. sepantas kilat..nasi masak..lauk pun masak sebelum diaorang semua balik dari solat Jumaat.

La Hot Spring

Chalet 9,10,11

Selesai makan semua..kemas-kemas..bawa balik ke chalet..time untuk berehat dan mandilah..Chalet nombor 9,10 dan 11 yang kitaorang dapat..tapi sebelum masuk kena selesaikan dulu bayaran penuh di pejabat yer. Okey, jom kita teroka dalam chalet ini:

Harga chalet ini RM150 satu malam.. ada aircond dan kipas..bilik mandi dan tandas yang selesa..walaupun tak ada hot water. Aku stay 7 orang pun masih lagi ada ruang…malam memang sejuk. Mertua aku terpaksa tidur di ruang dekat dengan pintu masuk..sebab tak tahan aircond. 2 katil single, boleh dirapatkan. Ada pintu cermin antara bilik aircond dengan ruang tepi pintu masuk. Dinasihatkan bawa toto…sewa pun ada RM10 satu toto.

Suasana ketika waktu senja dan malam. Sambung BBQ pula kat sini.

La Hot Spring ni ada kolam air panas semulajadi dan ada air sungai yang sangatlah sejuk. Anak-anak memang seronok dapat turun mandi air sungai dan aku pun tak risau sangat nak tinggal sebab airnya sangat cetek…tak ada pergi jauh pun..Aku kat kolam air panas…anak-anak kat bawah jer..lihat dari jauh.

Tempat mandi air panas ada 2 tempat..1 dekat dengan air sungai..1 lagi atas sikit. Yang atas air panas semulajadi yang mengalir..yang bawah kolam air panas dari air panas atas yang disalurkan ikut saluran paip. Faham ke tidak…hehehehe.

Ramai yang datang sini untuk ikhtiar berubat..sambil berendam kaki sambil mendengar pelbagai kisah kenapa mereka datang sini..lewat malam pun masih ramai yang datang rendam kaki dan badan.

Belakang Chalet Ada Tempat Lagi Cantik

Patutlah siang hari penuh dengan kereta..Aku ingatkan semua yang park kereta kat kawasan chalet ni memang bermalam…rupanya di belakang chalet ada lagi tempat mandi yang lawa dan sejuk..ramailah yang berkelah kat situ. Tak menariknya, sampah merata..inilah sikap yang kita tak mahu.. selesai berkelah tu..buanglah sampah di tempat yang betul..ini dibiarkan macam itu jer..geram pula aku.

La Hot Spring

Apa lagi yang korang nak tahu? Harga chalet yang lain? Pakej sewaan? Nak contact siapa? Aku pun masa nak tempah chalet kat sini nyaris-nyaris salah tempat..sebab bila di google ada dua tempat La Hot Spring..satu di bawah kelolaan Majlis Daerah Besut dan satu lagi persendirian. Bezanya ia tak ada tempat panas dan bukan chalet tapi orang cakap sana pun menarik untuk pergi..

Senarai Harga Sewaan

Harga sewaan chalet antara RM50-RM150 bezanya kecil dan tiada aircond. Sewaan tapak untuk khemah RM10 dan sewaan dewan serbaguna RM100. Sangat sesuai untuk yang plan buat family day kat sini yer.

BBQ set ni sewa RM15.

La Hot Spring

Sebelum balik, aku minta bussiness card untuk mudah orang lain buat carian nombor telefon chalet. So, korang yang nak plan pergi sana..whatsapp nombor yang tertera yer… tanya dulu ada kosong ke tidak?

La Hot Spring

Aku whatsapp dengan Encik Nazro..Tapi masa di sana langsung tak jumpa.. hanya deal dengan Cik Akmal dan bayaran pun dengan dia.

About emarieys

Ema has written 1219 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

One comment
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE