Minggu Orientasi Tahun Satu

Wah, rajin sungguh anak pakcik johari datang kerja hari ini biarpun esok cuti lagi dan lusa ambil cuti sehari. Tapi kenapa anak pakcik johari ini makin hujung-hujung tahun makin malas nak buat entri yer…Anak pakcik Johari ini busy sikit..maklumlah anak dara anak pakcik johari dah nak masuk tahun satu lusa nanti.
Minggu orientasi anak dara anak pakcik johari dah lepas…hey, tahu ke siapa anak pakcik johari ni?Mari nak kongsi kisah anak dara anak pakcik johari yang berorientasi hari Jumaat yang lepas..anak siapa lagi kalau bukan anak dara ema ini…kejap rasanya…dah masuk tahun satu.
Awal pagi Azwa dah bangun nak siapkan diri…tapi ema suruh tidur balik sebab terlalu awal. majlisnya start jam 8.30 pagi..tapi dah excited sangat nak pergi sekolah azwa tak tidur balik…rela dia mandi dan siap pakai baju sekolah terus..Masuk ke kawasan sekolah terus menuju ke dewan terbuka untuk pendaftaran dan mengisi borang di kelas yang ditentukan mengikut di dalam surat yang di terima. Cikgu akan beri buku rekod kesihatan murid dan rekod pergigian untuk diisi dan dihantar kembali.
So, lebih baik bawa terus buku imunisasi semasa bayi untuk pendaftaran anak.Selepas itu, anak-anak diminta beratur mengikut kelas sementara yang ditulis dalam surat.

Ujian Kedudukan Kelas

Tujuannya, anak-anak akan menjalani satu ujian ringkas untuk menentukan tahap pencapaian anak-anak dan tentukan kelas-kelas yang bakal mereka duduki.
menuju ke kelas untuk menjalani ujian
 Ibu bapa tak dibenarkan berada di sekeliling kelas anak-anak yang menjalani ujian.
u all nampak tak mana azwa?
Anak-anak menjawab soalan ujian manakala ibu bapa mendengar ucapan dari Guru Besar, Guru HEP, Guru Penyelaras Tahun Satu. Hampir sejam berlalu, dan anak-anak selesai menjalani ujian. anak-anak dibawa melawat prasarana sekolah pula. Dan tibalah masa yang buat para ibu bapa rasa berdebar iaitu pengumuman nama anak-anak untuk masuk ke kelas yang kekal. eh3x…dah hilang tudung kamu yer azwa…
dia pun ada debarnya
 masih menunggu nama dipanggil
Alhamdulillah, atas kesungguhan azwa safriena selama ini telah berhasil. Azwa berjaya berada di kelas 1 Wawasan iaitu kelas pertama dari 4 kelas.Moga kekal dengan kelas ke atas anakku.
 
 Muka happy…mama pun happy dan bersyukur.

Ujian Penilaian Untuk Kedudukan Dalam Kelas

 Ema tanya bagaimana keadaan sekeliling ketika dia menjawab ujian.
“kakak duduk depan sekali dalam kelas sebab ayah suruh duduk kat depan..kakak cari pensel dalam beg tapi tak ada…kakak bagitahu cikgu kakak tak ada pensel..cikgu tanya budak perempuan ada pensel lebih tak?..kakak jawab soalan..kakak boring tunggu lama sebab kakak siap cepat…kakak hantar pensel balik kat budak perempuan tu..tapi pelik dia yang ucap terima kasih pada kakak..patutnya kakak yang ucap terima kasih..kakak kemas beg..baru kakak jumpa kotak pensel dalam beg”
Ema : Meja duduk dekat-dekat ke?
“duduk sorang-sorang..tak boleh bising..tak boleh tanya”
(agaknya meja budak UPSR)
Ema : Cikgu cakap apa sebelum jawab soalan?
“cikgu suruh diam dan jawab soalan kat dalam..ada banyak helai kertas yang cuma 4 helaian.cikgu tak bagi buat bising..lama tu, cikgu cakap ada siapa yang nak buat air kecil tak? cikgu terkejut sebab ramai yang nak buang….”
Ema : Kakak boleh jawab tak soalan tu? soalan apa? soalan matematik ada?
” kakak boleh jawab, kakak yang siap cepat…tapi kakak boring tunggu lama..tunggu orang lain siap..tapi kakak tak tahu kakak dapat berapa..soalan matematik tak ada…soalan isi tempat kosong dan susun ayat saja”
kamu di kelas atas..maknanya kamu dah jawab dengan betul semuanya.
Anak-anak yang berada di kelas terakhir tidak bermakna anak-anak itu tidak pandai.
Janganlah ibu bapa sedih bila anak-anak berada di kelas terakhir kerana ada guru yang akan mengajar bagaimana cara untuk anak-anak cemerlang dalam pelajaran.
Terima kasih pada jasa cikgu nurlias dan cikgu shima.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *