Kiriman Pos Laju 4 Bulan Baru Sampai, Apa Jadi Isi Kandungan Dalam Kotak Ni

pos barang ke luar negara

“Kami Sampaikan Pakej Keceriaan”, tagline Pos Laju.

Yea, betullah tu.

Memang ceria sungguh bila terima kiriman pos laju yang ditunggu-tunggu selama ini.

4 bulan lebih baru sampai ke tangan.

Tak boleh salahkan pos laju.

Mengerti sangat sebab bukan mengharungi laut tapi mengharungi benua.

Siapa sangka, kiriman ini diterima juga kepada tuan empunya.

Colleague bawa kotak masuk ke bilik, tak dapat agak lagi kotak apa.

Sekali terpandang resit kat kotak.

Gelak besarlah aku.. “Eh, sampai juga ko akhirnya”.

Cuma, nak buka kotak tu takut-takut.

Takut isi dalamnya jadi apa.

Kan buka, ulat yang penuh.

Tak nampak basah-basah itu…kira okeylah.

Video buka kotak ini, ada kat pos instagram kat SINI

Nasib orang jauh di perantauan.

Harapkan orang Malaysia pos barang.

Mujurlah yang dihantarnya, barang kering dan tarikh luput masih lambat.

kiriman pos laju

Kalau tidak sia-sia saja.

Ini pun nak testing kiriman sampai ke tidak? Berapa lama akan sampai? Ke mana laluan kiriman ini?

Kotak ini dari KB – Guinea, ambil masa 4 bulan lebih.

Aku agak kotak ini, pergi ke Papua New Guinea dulu agaknya.

Tak ada di PNG, baru masuk ke Benua Afrika.

Di Afrika, ada pula 3 nama Guinea.

Equatorial Guinea, Guinea-Bissau dan Guinea.

Hahaha, pandai-pandai jer aku agak.

Harga isi dalam lebih murah dari harga cas postage.

Adatlah tu…dah jauh.

Lepas ini nak kirim apa lagi yer.

 

 

 

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1301 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Tagged : / /

2 thoughts on “Kiriman Pos Laju 4 Bulan Baru Sampai, Apa Jadi Isi Kandungan Dalam Kotak Ni

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *