Bila diingat balik, kelam kabut juga nak selesaikan urusan anak datang ke Conakry.

Masa tu tahun 2021 Malaysia masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tak boleh rentas negeri.

Macam mana anak boleh datang ke Conakry dengan Fila Amir?

Sebelum Ema cerita, mesti ada yang akan tanya macam mana Ema kenal Fila Amir?

Pernah cerita kat SINI. Pertama kali jumpa dengan Fila Amir pun jumpa di Conakry tahun 2019.

Ema jemput datang ke rumah untuk kenal-kenal dan mengisi borang makluman berada di sini.

Salah satu kerja di Kedutaan, untuk mengambil maklum rakyat Malaysia yang ada di luar negara.

 

Baca: Jumpa Rakyat Malaysia Lain Yang Datang Conakry

 

Ema dapat tahu Fila nak datang Conakry melalui IG Story. Terus Ema replied story Fila. Ema tanya “nak balik sini ke”. Kalau tahu awal, bolehlah nak kirimkan anak sekali. Sekali Fila pun terkejut “anak?”  😄😄😄(0-*).

 
 
Prosedur Nak Kena Buat

Banyak prosedur nak kena buat..perlu apply MyTravel Pass, mohon Visa, kena suntik Yellow Fever.

Masa dah agak suntuk..lagi-lagi di zaman covid ni. Mana sempat nak buat semua.

 
 

Balik rumah, Ema saja-saja apply MyTravel Pass.

Tapi tak sangka boleh lulus dalam masa beberapa hari saja… hari tanya Fila nak datang pada 29 Mei 2021, malam itu juga Ema apply MyTravel Pass.

Tarikh 4 Jun 2021, dah dapat approval.

 
 

Dari saja-saja isi MyTravel Pass..cepat pula lulus…terus pergi ke next step.

Bab visa agak mencabar sikit. walaupun Ema boleh minta HQ untuk mohonkan visa, tapi masa itu passport anak di Kelantan.

Staff HQ pula ramai yang kerja dari rumah…dan Ema tak nak susahkan sesiapa.

Ema apply sendiri visa secara online. 

Lambat sangat nak lulus, minta staf sini tanyakan.

ding dong ding dong punya hal, kena bayar pada orang tengah kat sini.

Malas nak serabut kepala, tak apa…bayarlah kat orang tengah ni  USD60.

 
 

Ema dah minta tolong orang, kalau boleh tak nak orang tunggu kita, kita tunggu orang tak apa.. Fila nak bawakan anak ke sini pun dah syukur Alhamdulillah.

 
 

Step seterusnya, mohon kemudahan tambang (visitation rights) untuk anak. Kerajaan ada beri kemudahan visitation rights untuk anak yang tinggal di Malaysia. 

Last sekali, suntik Yellow Fever. Nak masuk Africa kena suntik Yellow Fever.

Kelantan tiada vaksin Yellow Fever, kena pergi KL ambil vaksin.

Nak rentas negeri pula satu hal.. ke sana ke mari anak dengan tok bah dan tokma pergi balai polis nak mohon rentas negeri.

Dah tertulis rezeki anak nak kenal Conakry, dipermudahkan semua.

Selain dokumen MyTravel Pass, Visa, Yellow Fever.. Ema buatkan juga surat kebenaran bawa anak sebab dia di bawah umur. Yea, pihak Imigresen Malaysia ada tanya.

 
 
Rahsiakan Dulu Pada Anak

 Asalnya bagitahu anak, dia akan datang seorang diri ke sini. Tapi, terkantoi lah juga bila tokma terlepas cakap. Hehehe..Tapi anak tak kenal pun pergi dengan siapa ..”hai anak..pergi dengan intsfamous” tau.  

 

Masa Fila live kat KLIA ramai yang tertanya-tanya “siapa budak perempuan sebelah Fila” “Siapa Azwa” malah orang duk tertanya-tanya ke mana Fila bawa anak orang. Hehehe.

Aduhaiii…

Hampir 3 bulan anak kat sini…Bila tanya anak, mahu datang sini lagi tak? 

TAK MAHU DAH MAMA….😅😅

 

About emarieys

Ema has written 1334 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published.