Kalau biasa dengan Puchong, mesti tahu di mana kedai makan ni. Ini asalnya Restoran Sahabat, dan sekarang tukar kepada Restoran King’s Tomyam. Raja segala tomyam memang sesuai sangat dengan nama barunya. Sekali dah pergi, berkali-kali mahu pergi. Bagi yang suka makan seafood, tidak menyesallah datang sekali ke sini untuk mencuba.
Tomyam Seafood dan Shell out Jadi Pilihan
Kalau tengok pada menu-menu dia memang semua rasa nak makan. Selama aku pergi, tidak pernah lagi order meggi tomyam udang galah, lobster, king crab atau menu untuk makan seorang. Dah pergi satu keluarga, mesti mahukan menu untuk semua. Makanya, orderlah menu set untuk keluarga.
Baca: Lagi Set Menu Sedap
Dah dua kalilah makan shell out di Kings Tomyam ni. Kali ini, ambil set untuk 2 orang dan hanya tambah nasi sahaja. Shell out nya cukup dan berlebih lagi yang mana aku makan untuk 4 orang. Aku tambah somtam. Sedap sangat somtam. Tak sempat pun jamu dengan nasi, aku dah habiskan dengan meratah.
Teringin juga satu hari nak makan lobster ke..king crab ke.. Tapi besar bebenar, takut pun ada nak makan. takut lobster tu yang makan aku..bukan aku yang makan lobster. eh. Okeylah, korang pun boleh cuba satu kali makan di sini. Mesti tak menyesallah.
Alamat: No.2, Jalan bk9/2, Bandar Kinrara 9, 47180 Puchong
lama betul dah tak makan shell out… macam2x makanan campur.. kalo sebut pasal tomyam.. tetiba teringat tomyam poktek. hahah
tomyam poktek tu camana pulak?
wa shell out nmpak lazt
feberet makanan seafood…ginilah makanannya…hehehe
Wah nampak sedap dan menarik sangat.Tak sabar nak pergi dan nikmati juga tomyam seafood dekat king tomyam ni.Terima sebab sudi kongsikan maklumat dan alamat kedainya sekali.
tak dinafikan dia punya tomyam memang sedap.. sama-sama..bolehlah pergi try…tekak saya sedap..
Tengok gambar pun dah meleleh, memang king betul.
Itu belum tengok live lagi…hehehe.
Puchong memang banyak tempat makan sedap kan..SA dah lama x buat JJCM..ingat nak buat pencarian Tomyam TERBAIK semula..x tau bila nak start
nanti try sekali di Kings Tom Yam ni..kalau SA suka makan tomyam.