Kilim Geopark Mangrove Tour & Eagle Feeding di Pulau Langkawi

Kilim Geopark

Hari ketiga, kami sekeluarga menyewa sebuah bot dengan bayaran RM 250 termasuk pakej 2 hour tour. Kami naik bot di Jeti Kilim yang tidak jauh dari homestay yang disewa.

Kami tak pergi Tasik Dayang Bunting memandangkan saya dan my mom dah pernah bunting. lagipun pakej ke sana 4 jam dan boleh bermandi mandi. Jadi, kami hanya memilih pakej untuk melawat beberapa tempat antaranya:

 

 

Tempat pertama yang dilawat adalah Bat Cave @ Gua Kelawar. Dengan bayaran RM 2 untuk sewaan lampu suluh, maka suluhlah di dalam gua dan nampaklah beratus ekor kelawar tengah bergantungan. Masuk ke sana terpaksa tahan bau najis kelawar dan tak boleh buat bising.

 

 

Pembentukan gua dari titisan air

 

 

 

 

Kejutan budaya agaknya dua beranak ni selepas keluar dari gua

 

 

Selepas melawat Bat Cave @ Gua Kelawar, lawatan seterusnya ke Floating Fish Firm

 

 

Diberi penerangan tentang ikan-ikan yang ada di sana. bagus pakcik ni semua bahasa dia tahu.

 

 

Agak-agak korang apa yang diaorang intai-intai kat bawah tu?Diaorang tengah menunggu ikan sumpit percikkan air untuk jatuhkan roti di celahan kayu. “sumpit…sumpit….” panggil pakcik nelayan. Ikan sumpit ni jenis yang pemalu.

 

Selepas itu, kitaorang dibawa ke sangkar ikan pari yang besar. Ekor ikan pari tidak bahaya cuma di sebalik badan ikan pari ada dua sengatan dan yang itu adalah senjatanya. Jadi, orang mat salleh yang mati kerana ikan pari bukan disebabkan ekor ikan pari.  da tiga ekor ikan pari kat sangkar ini yang diberi nama Hassan, Hussin dan Fatimah

 

 

Mereka berdua sungguh teruja untuk memegang badan ikan pari yang lecin dan berkesat.

 

 

si mama memang nak juga posing di tepi sangkar…tapi perlu berhati-hati..

 

 

Crocodile Cave

Tempat ketiga menuju ke Crocodie Cave @ Gua Buaya. tak ada yang istimewa kerana melalui dalam bot sahaja lihat bentuk depan gua seperti buaya.

 

 

Perjalanan dengan bot hanya melalui air paya bakau..so, airnya sangat tenang sekali

 

 

Tempat keempat adalah Eagle Feeding. Bot berhenti di tengah-tengah air paya untuk melihat burung helang terbang menyambar ikan

 

 

 Seterusnya menuju ke Round Shoe Island @ Pulau Kasut. Pulau Kasut ni terletak di air laut. semasa bot berhenti untuk kami ambil gambar, perasaan berdebar bila bot terhuyung hayang sehingga kami minta teruskan perjalanan..tak berani nak lama-lama kat situ.Sebiji rupa kasutkan..tapi bila kita pusing dari sebelah sana tak ada rupa kasut pun.

 

 

 

 

Keadaan kelajuan bot


 

Tunjuk berani padahal takut masa mula-mula naik.

 

Sudah selesai melawat beberpa tempat

 

 

Masa 2 jam berlalu tanpa disedari. Pengalaman yang best.

Jika ada berminat boleh call Watie 019-4523599.

Jika beli di kaunter harganya mahal sikit.

 

About emarieys

Ema has written 1201 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge