Aqeel

Khatan Usia Muda Kesian Tengok Aqeel

Khatan Usia Muda.

Musim cuti sekolah, ramai ambil peluang untuk khatan @ sunat anak lelaki. Mamaema pun ambil peluang sama hantar Aqeel berkhatan. Aqeel berkhatan di usia 7 tahun. Masih muda bukan? Tapi sepupu Aqeel berkhatan lagi muda usianya..umur 5 tahun.

 

Berkhatan di Klinik Pakar Dr Normalina, Jalan Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Awal pagi dah keluar rumah untuk ambil nombor giliran. Lagi awal lagi bagus, tak adalah perasaan takut tunggu giliran. Seramai 30 kanak-kanak yang akan berkhatan pada pagi itu.

berkhatan-usia-muda1

Sampai di klinik, kena periksa nama dulu. sama ada tersenarai atau tidak. Berkhatan ini disupport sepenuhnya oleh parti pembangkang Bandar Tun Razak dengan bayaran adalah percuma. Dah dapat nombor giliran semua. Masing-masing eksited nak berkhatan. Tak ada perasaan takut apa. Berani katanya.

berkhatan-usia-muda2

Nasib baik, anak-anak perempuan dah berkhatan @ sunat masa bayi lagi. Taklah rasa seriau sangatkan. Peneman abang-abang berkhatan.

berkhatan-usia-muda3

Dah tukar kain, muka Aqeel cuak semacam. Tunggu nama dipanggil. 3 doktor dalam satu masa. Jadi, Aqeel dengan sepupunya sebelah katil. Mamaema tak berani masuk, Mr.Ery peneman Aqeel sepanjang proses berkhatan. Mujur Aqeel punya bebird normal bukan buta. Orang kata bebird buta sakit sikitlah. Tapi, dalam proses berkhatan, dekat bebird anak disuntik bius.

berkhatan-usia-muda4

Bila nampak Aqeel keluar dari klinik dengan pegang kain ke depan. Aqeel dah mula menangis, katanya sakit. Kesian. Mamaema pun tak berani nak tengok tempat khatan tu. Macam mana rupanya tempat khatan tu. Balik rumah nak gantung kain dengan tali ikat atas alang,nampak susah Aqeel nak bergerak. Last-last gunting kotak buat lubang kaki dan pinggang.

 

berkhatan-usia-muda5
Besar tak kotak khatan Aqeel?

 

Makan Berpantang.

Apalagi mulalah makan berpantang Aqeel. Tak boleh makan makanan yang gatal-gatal. Mamaema selalu masakkan bubur nasi. Makanan yang Aqeel selera nak telan. Lepas kesan bius hilang, makin merengek Aqeel “sakit mama, sakit mama”. Alahai anak, kesian kat kamu…kecil lagi dah kena khatan ni. Orang dulu-dulu, anak umur 12 tahun baru berkhatan kan. Sekarang dah masuk 8 hari Aqeel berkhatan. Dah semakin baik walaupun masih ada kuping-kuping kering. Dua tiga hari ni dah boleh pakai seluar pun. Melompat berlari sana sini pun dah.

 

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
5 Shares

You may also like...

4 Comments

  1. Kak.. masih ad lagi ke khatan ni.. saya duduk area sg besi boleh daftar tak?

    1. Biasanya, akan dibuat masa cuti sekolah…sis kena tanya org bahagian politik di kawasan rumah sis.
      emarieys recently posted…3.7 Juta Pengunjung Datang Ke MAHA 2016My Profile

  2. Insya-Allah jaga pemakanan cepat sembuh

  3. tetiba rasa macam rugi tak buat masa anak kecik dlu. sebab skrg kemain lasak. risau dia tak faham nanti.. tskkk.. tktnya
    YB Shehan recently posted…KOREA TRIP (DAY 4 & 5) | GYEONGBOKGUNG PALACE, LOVE LOCKS N SEOUL TOWER, NAMDAEMUN MARKET, MYEONG-DONGMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge