Resepi

Resepi Ketupat Sotong Cara Orang Kelantan Buat

Assalamualaikum.

Banyak-banyak post yang ditulis di dalam blog emarieys.com setakat ini, inilah pertama kali menulis entri tentang resepi. Sendiri pun macam tak percaya.

Resepi Ketupat Sotong Sedap

Pernah tak makan ketupat sotong? baru pertama kali dengar ketupat sotong? Rugi kalau tak pernah makan ketupat sotong. Kalau musim raya, yang selalu dijamu ketupat daun palas dan ketupat nasi. Tapi ketupat sotong tak perlu tunggu raya, tunggu harga sotong murah baru boleh buat.

Nak buat ketupat sotong sangat mudah. Pejam mata pun boleh buat, janji tangan kena jalan. Mari sini, nak kongsikan cara-cara membuat ketupat sotong yang sedap.

Bahan-bahan yang perlu ada mestilah sotong. Terpulanglah berapa banyak sotong yang diperlukan. Kalau orang dalam rumah tu ada lima, letak sepuluh ekor…cukuplah makan dua ekor sorang. Sotong pula pilih yang sotong bersaiz sederhana. Kalau besar rugi. kalau kecil pun rugi. Sotong dibersihkan sebersihnya, buang segala warna hitam yang ada pada sotong.

Cara Orang Kelantan Buat Ketupa Sotong

Beberapa helai daun pandan dan gula melaka. Sebaiknya, gula melaka dicairkan dulu untuk memastikan tiada sebarang benda asing.

 

Resepi Ketupat Sotong

Bersih beras pulut dan rendamkan dengan santan dan sedikit garam lebih kurang setengah jam. Sediakan lidi kelapa untuk dicucuk di kepala sotong..jangan pula pakai stapler…mati tercekik nanti.

Beras dan Santan

Masukkan beras pulut dalam badan sotong dan cucuk kepala sotong dengan lidi seperti dalam gambar bawah. Jangan letak beras pulut melebihi badan sotong, nanti dah masak habis pulut terkeluar. Sotong pun ada yang pecah.

Sotong Ketupat

Terlebih beras pulut janganlah dibuang…letak saja dalam periuk. Tuang santan dan kacau dengan api perlahan. Jangan tak kacau nanti santan berketul.tak cantiklah pula.  Jangan lupa masukkan helaian daun pandan dan gula melaka sekali. Kaca hingga warna santan berubah dan menggelegak.

 

Ketupat Sotong

Inilah hasilnya ketupat sotong yang sedap. Sendiri pesan jangan letak beras pulut terlebih, sendiri yang buat.. makanya, sotong banyak tercabut kepala.

Sotong Sedap

Silalah mencuba resepi dari emarieys.com. Tak cuba rugi dah cuba pasti nak buat lagi. hehehe.

Pernah Ketua Kerani pergi Kelantan, dia nampak sotong GEMUK-GEMUK dan BESAR-BESAR jual di kedai makan. Dia ingat sotong tu besar sebab ada telur, sekali makan ada pulut. Terus tak habis makan, katanya manis sangat. Biasalah orang Kelantan suka manis-manis.

p/s : Dah lama tak terjah blog korang, masalah belum selesai. komen lama masih tak nampak pada post. InsyaALLAH, ema akan balas jejak korang.

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

23 Comments

  1. ctfand says:

    wahh..nampak sedap lah. boleh cuba nanti ni.. terima kasih kerana berkongsi, kak ema..! 🙂
    ctfand recently posted…Cuci Mata Di Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014My Profile

    1. hehehe…jangan lupa cuba tau…kalau tak suka manis-manis…letak sikit jer gula melaka..kalau kak ema…sekali dua ketul letak.
      emarieys recently posted…Ketupat SotongMy Profile

      1. ctfand says:

        Orait..kak..hehe

  2. memang menyelerakan ketupat sotong ni, asalnya ini makanan orang kelantan yer… susah nak cari belah pantai barat.

    1. selalu orang kelantan yang suka buat..orang kelantan kan suka manis-manis..
      emarieys recently posted…Ketupat SotongMy Profile

  3. bestnya…kawan opis SA buat x letak gula merah or gula melaka, lebih santan putih..pas tu kan..dia nyer sotong siap ada telur…huiiii….terliur dah ni ha…
    suriaamanda recently posted…Menu Ahad Yang Indah…My Profile

    1. setengah orang memang pakai gula putih… tapi ema selalu pakai gula merah… kalau putih rasa sotong kuat sangat…lagipun putih di mata ema macam susu..memang tak boleh nak telanlah.
      emarieys recently posted…Ketupat SotongMy Profile

  4. pernah dgr tp x pernah mkn….
    rajin2 bleh try 🙂
    nureen recently posted…convention : 2nd day, kita enjoyyyyy!!!! b4 check outMy Profile

  5. saya tak pandai sangat makan ketupat sotong.. manis..
    kesoma.rai recently posted…Hari terakhir cuti cuti KedahMy Profile

  6. Sedapnya. Dah lama tak mkn ketupat sotong.
    Fiza Rahman recently posted…Projek Hujung Minggu Lagi | Blueberry Cheesecake SimpleMy Profile

  7. Ye memang sedap. Nak makan tinggal gigit atau potong-potong. Kakak jarang buat kalau dish yg leceh-leceh ni Ema..

    Makan sukalah hahaha..
    Kak Zakie Purvit recently posted…Makan malam terakhir sebelum naik sekolahMy Profile

  8. pernah cuba makan sekali tahun lepas
    http://aizamia3.blogspot.com/2013/05/pertama-kali-aku-try-nih.html

    tak pandai makan sebab manis sangat.. tapi kalau buat sendiri boleh buat ikut suka tekak kita tahap kemanisannya kan.. 😉

  9. First time makan ketupat sotong ni kat kelantan..Agak pelik coz selalunya kita suka sotong goreng. tiba-tiba ada rasa lemak-lemak pulut kat dalam tu..tapi ok aje..
    Raudzah recently posted…Sudu Tersangkut Di TekakMy Profile

  10. salam.saya suka sotong kalau buat sambal best.ketupat terus ingat best cicah bersama kuah kacang heee
    lover recently posted…Paper Qulling Craft 6 By Rose BunquetMy Profile

  11. aju pernah makan sekali je ema sebab manis kan, lepas tu siap cicah sambal belacan sebab tak reti makan sotong manis hehe pulakk
    ajumohit recently posted…Menu Ahad | Sambal udang petaiMy Profile

  12. nampak sedap dan mudah tu sis..nanti puteri pun nak cubalah 🙂
    puteri kasih recently posted…Berlalu Mac Berganti AprilMy Profile

  13. Rasanya manis. Lama juga tidak merasa.
    akubiomed recently posted…Jom Outing 2 di Taman Tasik Perdana bersama Tarmizi ShukriMy Profile

  14. Suka jugak makan kalau blk ganu. Padahal nak buat bkn ssh sgt pn kan?

  15. mmg feveret en hubby, cuma KA dan anak2 x minat , manis sgtlah for KA .. hehehe

  16. Akak takleh gi dgn ketupat sotong ni ema. Sama mcm kawan ema tu. Sbb rasa dia manis. Huhu.
    LydSunshine recently posted…Aku Hutang Dengan KoMy Profile

  17. Pernah tengok dalam rancangan di TV tentang cara-cara buat ketupat sotong ni tapi tak pernah mencuba lagi. Orang di rumah tak makan sotong, kita aje yang excited kalau nampak seafood.

    Blog down lagi yek. Padanlah banyak kali datang tapi tak boleh buka pun. Tapi kali ni nampak lagi cantik, lagi kemas. Setiap kali ada masalah, lagi kemas nampaknya blog ni 🙂
    Mummydearie recently posted…Selesai satu tugas …My Profile

  18. Penah makan jugak…
    Memang sedap! 🙂
    Myra Jay recently posted…buku denaihati: disebalik tadbirMy Profile

  19. ini kalau org yang buat tu mmg terror sedap weiiiii
    aku suka
    walau manis!
    ellynadyra recently posted…Kota Kinabalu Sabah – Part 8My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge