Assalamualaikum.
Banyak-banyak post yang ditulis di dalam blog emarieys.com setakat ini, inilah pertama kali menulis entri tentang resepi. Sendiri pun macam tak percaya.
Resepi Ketupat Sotong Sedap
Pernah tak makan ketupat sotong? baru pertama kali dengar ketupat sotong? Rugi kalau tak pernah makan ketupat sotong. Kalau musim raya, yang selalu dijamu ketupat daun palas dan ketupat nasi. Tapi ketupat sotong tak perlu tunggu raya, tunggu harga sotong murah baru boleh buat.
Nak buat ketupat sotong sangat mudah. Pejam mata pun boleh buat, janji tangan kena jalan. Mari sini, nak kongsikan cara-cara membuat ketupat sotong yang sedap.
Bahan-bahan yang perlu ada mestilah sotong. Terpulanglah berapa banyak sotong yang diperlukan. Kalau orang dalam rumah tu ada lima, letak sepuluh ekor…cukuplah makan dua ekor sorang. Sotong pula pilih yang sotong bersaiz sederhana. Kalau besar rugi. kalau kecil pun rugi. Sotong dibersihkan sebersihnya, buang segala warna hitam yang ada pada sotong.
Cara Orang Kelantan Buat Ketupa Sotong
Beberapa helai daun pandan dan gula melaka. Sebaiknya, gula melaka dicairkan dulu untuk memastikan tiada sebarang benda asing.
Bersih beras pulut dan rendamkan dengan santan dan sedikit garam lebih kurang setengah jam. Sediakan lidi kelapa untuk dicucuk di kepala sotong..jangan pula pakai stapler…mati tercekik nanti.
Masukkan beras pulut dalam badan sotong dan cucuk kepala sotong dengan lidi seperti dalam gambar bawah. Jangan letak beras pulut melebihi badan sotong, nanti dah masak habis pulut terkeluar. Sotong pun ada yang pecah.
Terlebih beras pulut janganlah dibuang…letak saja dalam periuk. Tuang santan dan kacau dengan api perlahan. Jangan tak kacau nanti santan berketul.tak cantiklah pula.ย Jangan lupa masukkan helaian daun pandan dan gula melaka sekali. Kaca hingga warna santan berubah dan menggelegak.
Inilah hasilnya ketupat sotong yang sedap. Sendiri pesan jangan letak beras pulut terlebih, sendiri yang buat.. makanya, sotong banyak tercabut kepala.
Silalah mencuba resepi dari emarieys.com. Tak cuba rugi dah cuba pasti nak buat lagi. hehehe.
Pernah Ketua Kerani pergi Kelantan, dia nampak sotong GEMUK-GEMUK dan BESAR-BESAR jual di kedai makan. Dia ingat sotong tu besar sebab ada telur, sekali makan ada pulut. Terus tak habis makan, katanya manis sangat. Biasalah orang Kelantan suka manis-manis.
p/s : Dah lama tak terjah blog korang, masalah belum selesai. komen lama masih tak nampak pada post. InsyaALLAH, ema akan balas jejak korang.
wahh..nampak sedap lah. boleh cuba nanti ni.. terima kasih kerana berkongsi, kak ema..! ๐
ctfand recently posted…Cuci Mata Di Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014
hehehe…jangan lupa cuba tau…kalau tak suka manis-manis…letak sikit jer gula melaka..kalau kak ema…sekali dua ketul letak.
emarieys recently posted…Ketupat Sotong
Orait..kak..hehe
memang menyelerakan ketupat sotong ni, asalnya ini makanan orang kelantan yer… susah nak cari belah pantai barat.
selalu orang kelantan yang suka buat..orang kelantan kan suka manis-manis..
emarieys recently posted…Ketupat Sotong
bestnya…kawan opis SA buat x letak gula merah or gula melaka, lebih santan putih..pas tu kan..dia nyer sotong siap ada telur…huiiii….terliur dah ni ha…
suriaamanda recently posted…Menu Ahad Yang Indah…
setengah orang memang pakai gula putih… tapi ema selalu pakai gula merah… kalau putih rasa sotong kuat sangat…lagipun putih di mata ema macam susu..memang tak boleh nak telanlah.
emarieys recently posted…Ketupat Sotong
pernah dgr tp x pernah mkn….
rajin2 bleh try ๐
nureen recently posted…convention : 2nd day, kita enjoyyyyy!!!! b4 check out
saya tak pandai sangat makan ketupat sotong.. manis..
kesoma.rai recently posted…Hari terakhir cuti cuti Kedah
Sedapnya. Dah lama tak mkn ketupat sotong.
Fiza Rahman recently posted…Projek Hujung Minggu Lagi | Blueberry Cheesecake Simple
Ye memang sedap. Nak makan tinggal gigit atau potong-potong. Kakak jarang buat kalau dish yg leceh-leceh ni Ema..
Makan sukalah hahaha..
Kak Zakie Purvit recently posted…Makan malam terakhir sebelum naik sekolah
pernah cuba makan sekali tahun lepas
http://aizamia3.blogspot.com/2013/05/pertama-kali-aku-try-nih.html
tak pandai makan sebab manis sangat.. tapi kalau buat sendiri boleh buat ikut suka tekak kita tahap kemanisannya kan.. ๐
First time makan ketupat sotong ni kat kelantan..Agak pelik coz selalunya kita suka sotong goreng. tiba-tiba ada rasa lemak-lemak pulut kat dalam tu..tapi ok aje..
Raudzah recently posted…Sudu Tersangkut Di Tekak
salam.saya suka sotong kalau buat sambal best.ketupat terus ingat best cicah bersama kuah kacang heee
lover recently posted…Paper Qulling Craft 6 By Rose Bunquet
aju pernah makan sekali je ema sebab manis kan, lepas tu siap cicah sambal belacan sebab tak reti makan sotong manis hehe pulakk
ajumohit recently posted…Menu Ahad | Sambal udang petai
Rasanya manis. Lama juga tidak merasa.
akubiomed recently posted…Jom Outing 2 di Taman Tasik Perdana bersama Tarmizi Shukri
Suka jugak makan kalau blk ganu. Padahal nak buat bkn ssh sgt pn kan?
nampak sedap dan mudah tu sis..nanti puteri pun nak cubalah ๐
puteri kasih recently posted…Berlalu Mac Berganti April
Akak takleh gi dgn ketupat sotong ni ema. Sama mcm kawan ema tu. Sbb rasa dia manis. Huhu.
LydSunshine recently posted…Aku Hutang Dengan Ko
Pernah tengok dalam rancangan di TV tentang cara-cara buat ketupat sotong ni tapi tak pernah mencuba lagi. Orang di rumah tak makan sotong, kita aje yang excited kalau nampak seafood.
Blog down lagi yek. Padanlah banyak kali datang tapi tak boleh buka pun. Tapi kali ni nampak lagi cantik, lagi kemas. Setiap kali ada masalah, lagi kemas nampaknya blog ni ๐
Mummydearie recently posted…Selesai satu tugas …
Penah makan jugak…
Memang sedap! ๐
Myra Jay recently posted…buku denaihati: disebalik tadbir
ini kalau org yang buat tu mmg terror sedap weiiiii
aku suka
walau manis!
ellynadyra recently posted…Kota Kinabalu Sabah – Part 8