Keseronokan Anak-Anak Ke KidZania Go Di Quill City Mall, Kuala Lumpur

Lagi empat hari sebelum berakhir pada 25 Mac 2018. Cepat-cepat ke Quill City Mall ada 8 aktiviti KidZania Go di sana. Seronok anak-anak dapat belajar mengenai kerjaya dalam situasi sebenar. Bawa kereta jer, parking murah di Quill City Mall. 2 jam pertama cuma RM4 sahaja.

Aktiviti-Aktiviti Kidzania Go

Semalam bawa anak-anak pergi ke Kidzania Go, itupun selepas kakak Azwa habis kelas tambahan jam 12.30 tengahari. Si Abang Aqeel, asyik merengek bosan..bosan..duduk di rumah. Memandangkan aku pun memang ambil cuti, bawalah anak-anak pergi sana.

Boleh dikatakan meriah juga tempatnya. Ramai anak-anak mengisi masa cuti sekolah mereka dengan baik. Aktiviti pertama Volvo-Stop Look and Wave. Anak-anak diberi tag dan passport. Passport akan dicop setiap kali pergi dan selesai jalankan tugas di stesen-stesen kerja.

Stesen kedua, Recycling Centre. Anak-anak diminta untuk mencari guni yang diisi barang-barang yang boleh dikitar semula.

Stesen ketiga, Mc Donald’s Fitness Centre. Stesen yang mengambil ukuran tinggi dan berat serta mengira BMI anak-anak. Jika lulus, akan terima satu helaian sijil kelayakan bekerja dengan Mc Donalds. Lulus ke tidak kakak dan abang?

TV Studio stesen ke-4. Belajar mengenai penggambaran. Ada yang memegang kamera, memegang clapperboard. Kakak Azwa  macam biasalah dia..mesti nak bercakap depan. Ambil, terus baca skrip.

Court House. Siapa pesalah di sini?

Magic Studio, kerjaya seorang yang  buat magik. Abang Aqeel bukan main terpegun tengok. Ada hati nak jadi magikal ke tu?

Last stesen, Sharp Air Quality Control. Anak-anak belajar mengenai suhu persekitaran.

Tak kisah pun nak ke stesen yang mana dulu. Tengok stesen mana yang tak ramai orang, terus pergi situ. Kalau tidak, kena tunggu lama juga. Mak-mak yang nak shopping, eloklah terus shopping di mana-mana outlet Quill City Mall..biar anak-anak berada dalam Kidzania Go untuk belajar.

Dah selesai kesemua aktiviti, tunjukkan passport yang diberi sebelum ini. Dan pastikan kesemua telah dicop untuk bawa balik papaer bag dari KidZania. Selepas ini ke KidZania Kuala Lumpur pula.

 

 

About emarieys

Ema has written 1144 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

22 thoughts on “Keseronokan Anak-Anak Ke KidZania Go Di Quill City Mall, Kuala Lumpur

  • March 23, 2018 at 12:29 pm
    Permalink

    Seronoknya.. Kidzania ni mmg bagus utk pendedahan kpd anak2. Banyak aktivitinya menjurus kpd pembangunan diri malah ibu bapa yg ikut pun jadi seronok.. tersuntik motivasi diri juga. Aktiviti yg sgt bermanfaat. Thanks sharing 🙂

    Reply
  • March 23, 2018 at 1:27 pm
    Permalink

    Seronok ank2 cuti sekolah dpt buat aktiviti di kidzaniago.. Esok baru nk bw ank ke sini. Die pn dh xsabar

    Reply
  • March 23, 2018 at 1:33 pm
    Permalink

    Bestnye… menarik ni nak habiskan hujung2 cuti sekolah ni. Maknya pun x pernah pegi.. bagi pendedahan pada anak2 tentang kerjaya kan

    Reply
  • March 23, 2018 at 2:14 pm
    Permalink

    Bestnya kidzania nie. Macam2 benda kanak-kanak boleh lakukan. Kanak2 nie mmg kerjanya asyik nak bermain je. Bila adanya tmpt mcm nie, pasti mereka suka

    Reply
  • March 23, 2018 at 2:46 pm
    Permalink

    Wahhh Kidzania dah dibawa ke Quill City Mall. Memberi peluang anak2 untuk meneroka pekerjaan orang dewasa. 2 jam pertama tu berbaloi harganya ya….anak2 boleh meluangkan masa sempena cuti sekolah ini.

    Reply
  • March 23, 2018 at 4:11 pm
    Permalink

    Seronok anak-anak kan kalau dapat ke Kidzania. Musim cuti sekolah ni mesti jadi tumpuan ramai. Bagus.. dapat melatih dan membuka minda kanak-kanak 🙂

    Reply
  • March 23, 2018 at 4:19 pm
    Permalink

    seronok, dia bawakkan kidzania keluar.
    bagus konsep diorang ni, and budak sekolah mesti happy.
    Takdelah cuti sekolah ni bosan je kan…

    Reply
  • March 23, 2018 at 5:20 pm
    Permalink

    This is a great way to keep the kids busy during the school holiday, can always count on kidzania for such fun activities.

    Reply
  • March 23, 2018 at 6:11 pm
    Permalink

    Seronok la anak-anak cuti sekolah ni kan..macam-macam aktiviti kalau kat kidzania..dania masa umur 10 tahun dh pergi dan seronok betul dia..la ni dh umur 14 thn mmg dia x nak de..haha..bagus untuk anak-anak menimba ilmu dan faham dunia pekerjaan kan?

    Reply
  • March 23, 2018 at 7:25 pm
    Permalink

    Wah banyak aktiviti aktiviti yg diadakan untuk kanak kanak. Anak anak memang seonoklah kan bila buat aktiviti mcm nih

    Reply
  • March 23, 2018 at 7:27 pm
    Permalink

    KidZania ni tak kisah la yg besar ke yg Go ni mmg mana-mana buat kita rasa best…bukan anak-anak je suka, Sally ni haaa pun excited setiap kali masuk..ahahahaha

    Reply
  • March 23, 2018 at 9:49 pm
    Permalink

    mini kidzania..tak padat sangat tapi macam-macam aktiviti boleh anak2 lakukan. not bad..klu dibandingkan dengan real kidzania harga tix lagi mahal

    Reply
  • March 23, 2018 at 11:20 pm
    Permalink

    Haha suka tgk budak main kat sini..terigat dulu kidzania takde kat msia..time tu the nearest kat jakarta..mmg mcm tempat yg real..best sgt..rasa mcm nak main jr huhu

    Reply
  • March 24, 2018 at 12:51 am
    Permalink

    Wahh menarik ya kidzania go ni.. walaupun kecil tapi nampak menarik tempatnya.. anak anak I mesti suka kalau dapat join ni sebab last time kidzania best Satu Hari we all Ada kat situ.

    Reply
  • March 24, 2018 at 11:17 am
    Permalink

    bestnya bawak anak-anak ke aktiviti macam ni kan diaorang pun seronok dan minda pun berkembang

    Reply
  • March 24, 2018 at 11:19 am
    Permalink

    kidzania ni mmg bagus. diorng gabungkan keseronokan dalam pembelajaran. yg dewasa pun teringin nak masuk. hehe

    Reply
  • March 24, 2018 at 11:37 am
    Permalink

    Only visit Kidzania at curve area but have not try this. Will bring my god daughter there and she sure enjoy it.

    Reply
  • March 28, 2018 at 1:24 pm
    Permalink

    Wah bagusnya untuk anak-anak kan. Kidzania ni memang bagus la. Terbaik. Terima kasih atas perkongsian dan nanti boleh bawa anak-anak masa cuti sekolah kan.

    Reply
  • March 30, 2018 at 7:17 pm
    Permalink

    Memang best lah kidzania ini, kalau boleh I pun nak jadi kanak-kanak pergi main je kat situ.

    Reply
  • April 10, 2018 at 2:01 am
    Permalink

    Seronok anak² explore kidzania Go ni kannn….?? Hari tu pun kak nina bawak anak² ke sini. Enjoy derang! Pasni plan nak bawak ke Kidzania Kuala Lumpur lak…. jommmm

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE