Penafian. Simpton yang akan dialami tidak akan sama dengan semua orang kerana antibodi dalam badan seseorang tidak sama. Penerimaan vaksin dalam badan pun tidak akan sama dan kemungkinan boleh mengalami simpton seperti demam, sakit kepala, lenguh-lenguh badan, muntah dan sebagainya. Ada juga yang tiada apa-apa simpton selepas menerima suntikan dos vaksin.
Dan ini pengalaman Ema dan Mr Ery. Saya coretkan di sini untuk sebahagian dari pengalaman dan kenangan saya sekeluarga. Tanggal 9.4.2021 (Jumaat) adalah hari saya dan Mr Ery telah menerima suntikan dos pertama vaksin bertempat di The Palais du Peuple (Palace of the People), Conakry. Bagi yang belum tahu, saya sekarang bekerja di negara Guinea.
Kami dapat tawaran untuk menerima suntikan vaksin secara percuma oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Tempatan. Vaksin yang ditawarkan adalah Vaksin Sinopharm. Suntikan ini hanya diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.
Satu borang persetujuan diberikan untuk ditandatangani. Hampir tersalah borang yang diberikan kerana tertera nama vaksin pada borang adalah jenis Sputnik V. Rupanya ada 2 jenis vaksin yang ditawarkan di sini iaitu Sinopharm dan Sputnik V. Sinopharam sumbangan dari China manakala Sputnik V adalah dari Rusia.
Kami semua sepakat untuk mengambil vaksin Sinopharm. Masa kami pergi, orang masih tidak ramai. Mungkin belum diperluaskan atau masing-masing takut dengan kesan yang akan dialami selepas suntikan vaksin. Macam Ema punya lokal staff lah. Semua tak berani lagi dan nak tunggu selepas kami. Bila mereka nampak kami tak rasa apa-apa, kebetulan dua orang staff lokal yang ikut sama terus setuju nak suntik hari yang sama.
Balik rumah, waktu malam rasa lenguh-lenguh di bahagian tempat suntik. Itulah simpton pertama yang Ema alami. Baring mengiring memang rasa sakit-sakit lenguh. Mr Ery pun sama, rasa lenguh-lenguh di bahagian suntik juga. Esok harinya, dah tak rasa apa-apa..dah boleh buat kerja macam biasa. Tiada demam, tiada sakit kepala, tiada muntah dan selera makan pun biasa saja.
Suntikan Dos Kedua Selepas 21 Hari
Selepas 21 hari, dos kedua pula akan diberikan. Sepatutnya hari ke-21 jatuh pada 29hb, tapi kami menganjak satu hari ke depan pada 30 April 2021 (Jumaat). So ada 2 hari untuk rehat jika mengalami simpton untuk dos kedua ini. Khabarnya dos kedua adalah booster untuk dos pertama dan mungkin akan mengalami simpton yang berbeza sebelumnya. Lagi pula sedang berpuasa bulan Ramadhan.
Alhamdulillah, dengan lengkapnya suntikan vaksin covid ini tiada sebarang simpton yang kami alami sehingga memudaratkan kesihatan. Kami semua sihat dan menjalani aktiviti seperti biasa. Semua lokal staff kami pun dah mengambil suntikan vaksin ini.
Ambil vaksin, tak takut mati? Ajal maut semuanya di tangan Allah swt. Kita berserah pada Yang Maha Esa. Kalau dah ajal, tengah berjalan pun boleh meninggal. Apapun takziah diucapkan kepada mereka-mereka yang telah meninggal dunia akibat Covid-19.
Jangan takut untuk mengambil vaksin!!!.
Aalhamdulillah Ema dah vaksin..SA blom lagi..25hb nanti…