Loading...
Travel

Keropok Lekor Tokku Kuala Terengganu Paling Sedap

Keropok Lekor Terengganu

Borong satu kedai keropok lekor bawa balik ke Kuala Lumpur. Hahaha, tak adalah sampai satu kedai pun, mana nak sumbat dalam kereta yang penuh dengan barang opis. Beli yang mana orang kirim dan beli untuk family jer.

Keropok Lekor Tokku

Ini first time beli di Keropok Lekor Tokku. Biasa pergi di Seberang Takir. Kawan adik bagitahu, kat sini lagi sedap..so terjahlah ke sana. Kedainya mudah sangat nak jumpa, pakai waze dan maps. Dari bandar Terengganu, nampaklah kedainya sebelah kiri tepi jalan besar di Kampung Losong. Sebesar alam dia punya kain banner tergantung.

Keropok Lekor Terengganu

Macam-macam jenis keropok keping pun ada. Korang tanyalah cik adik manis kat situ yang mana satu keropok keping yang sedap…nanti dia bagitahu jenama apa… ada banyak sangat kat depan dia. Kalau keropok lekor pula, pilihlah nak yang frozen rebus atau frozen goreng. Frozen rebus, bungkusan dia besar-besar ada dalam 5 batang. Kalau yang frozen goreng, bungkusan kecil-kecil ada dalam 20 batang. Harga kedua-duanya sama. Balik simpan dalam peti sejuk beku belah atas, tahan lah dua tiga bulan.

Baca: Keropok Lekor Kemaman Yang Sedap

Keropok Lekor Terengganu
Salah satu jenama keropok keping yang sedap

Kat kedai ini, korang boleh tengoklah cara pembuatan keropok lekor ni. Ada yang tengah uli tepung, ada yang tengah golek tepung, ada yang tengah goreng. Masa aku sampai, pekerja semua perempuan…lelaki mana lelaki…

 

Keropok Lekor Terengganu

Amboii, beria korang selfie dengan keropok. Cukup dah ke nak bawa balik KL ni. Masing-masing mengira berapa bungkus nak beli setiap seorang. Kan tertinggal list, ada termerajuk pulak nya…. Bila beli lebih 20 bungkus, dapatlah diskaun RM1.. Oh yea, sos pencicah keropok pun sedap tau.

Okey, dah jumpa tempat untuk borong keropok lekor yang sedap di Kuala Terengganu. Lain kali, singgah ke sini lagi.

About emarieys

Ema has written 1171 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

6 comments
  1. Al-Manna Ameer

    Tempat asal keropok lekor Terengganu ialah di Losong (laluan ke pusat bandar). Losong itu sendiri luas dengan macam-macam nama yang bermula dengan Losong exp. Losong Panglima Perang, Losong Haji Su, Losong Hj Syafei dan banyak lagi. Berkat nama ‘Losong’ hampir semua kampung Losong ada kedai keropok Lekor. Family saya cakap kedai keropok lekor yang paling sedap di kawasan tersebut ialah kedai ‘Adnan Keropok Lekor’. Namun, bagi orang yang tak biasa agak sukar nak membezakannya. Kalau berhenti tepi jalan, terus je beli di mana-mana kedai pun sebab banyak sangat kedai, tak tau nak pilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE