Penangan Keropok Ikan Tambang Asli Mak Jarah.
Adik datang baru-baru ini, MamaEma kirim lah keropok keping. Asalnya nak minta bawa mari sekampit beras, tapi kesian pula nak angkut naik flight. Dahlah datang sorang. Jawabnya, kena tunggu MamaEma balik sendirilah ni. Biasanya, MamaEma kalau beli keropok keping, mamabeli beli keropok keping cap piala. Kali ini, adik bawa cap Mak Jarah. Tak pernah lagi rasa. Tapi bila dah rasa tu, sedapnya…makan mentah pun sedap sangat. krup krap krup krap.
Keropok Tak Gatal Lidah
Yang penting makan keropok keping mak jarah ni, lidah tak gatal. Hari pergi ambil keropok keping dengan adik ni, MamaEma tersangkut jem teruk sangat. Nak balik rumah pun hampir 4 jam. Selepas jumpa adik jam 5.30 ptg..jam 9.00 mlm masih atas jalan. Malam tu memang stress gila..Menjerit sesorang dalam kereta. Dengan perut lapar lagi. Dengan anak kat rumah dah nangis-nangis. Tak tahan sangat lapar, MamaEma buka plastik dan ratah keropok. Hampir separuh juga habis sebelum sempat goreng. hehehehe.
Balik Kelantan nanti, MamaEma harus cari keropok keping mak jarah lagi. Alamat pun ada tertera kat kertas kuning tu. Tak jumpa, mesti ada di pasar-pasar atau market. Dah lama tak balik Kelantan. Tak sabar dah nak balik nak tengok Casa Emarieys juga…eh.
Laaa…kesiannya terperangkap dalam sesak mcm tu sekali…nasib baik ada keropok keping..tapi pelik la bleh makan macam tu je..SA x pernah cuba lagi
Suria Amanda recently posted…Qhaira Nak Hadiah Birthday Baju Spiderman Warna Biru…
kesiannya, tp mujurlah boleh makan juga kan kepok keping tu
Laa biar betul… keropok mentah tu boleh makan mcm tu je ke? tp klu darurat semuanya boleh… hehe
Wan Syahida recently posted…Phytoestrogen Dalam Soya Penyebab Kanser?
first time ni tahu boleh makan gitu je.. bila dah baca ni baru la terfikir, ok je la kan sebab dia dah direbus..:)
Aziana recently posted…Review Set Menyusu Shaklee