Baru habis duty kat Hotel Sheraton Imperial. So, next month ke Terengganu. Hari ini baru masuk pejabat. Bila dah outstation, nak update blog pun agak limited. Pastu ada yang bertanya “ko kerja apa ema, memanjang aku tengok ko stay di hotel”. Orang yang bertanya, bunyi seperti seronok stay hotel. Orang tak tahu, kita kerja lebih masa. balik lewat dan tinggalkan keluarga lagi. Hai, omak kerja makan gaji dengan government. Kerja sebagai kerani, kalau dalam perjawatan dipanggil Pembantu Tadbir.

Ikutkan senarai tugas, tugas sebagai kerani ni sangat meluas. dan tak sama dengan bahagian lain, cawangan lain, tempat lain dan sebagainya. Macam mamaema, kerja di bahagian latihan dan banyak melibatkan aktiviti luar, maka selalulah outstation. Kalau ada yang berkenan nak kerja sini, mari tukar suka sama suka tapi dengan syarat mamaema nak tukar ke Kelantan.

Tugas Sekretariat Kursus

Mana ada mamaema, situ ada dia. Mana ada dia, situ ada mamaema. Macam belangkas orang kata. Dah lama kerja, orang pun cakap kami ini dah macam adik beradik. Adik beradik mak lain bapak lain dan agama pun lain. Yang sama kami adalah wanita yang paling tinggi di opis ni…hehehehe.

duty03

Hasil bidikan Abang Nazri dari Fotovideo Anak Seni. Seronok bila abang Nazri jadi photographer, memang tak lepas peluang untuk bergambar. Siapa nak dapatkan perkhidmatan Abang Nazri boleh contact dia 0192734121.

duty04

Bos silih berganti tukar. Datang yang baru, yang lama kembali ke tempat kerja asal masing-masing. yang kekal dan kategori otai masih berbisa adalah mamema, preet dan awis.

duty01

Okey, mamaema nak sambung buat kerja-kerja kerani dulu. Lepas itu, baru mamaema blogwalking yea. Seronok kerja di meja opis lagi dari kerja kat luar di hotel tu tau.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Kau kerja apa memanjang ada di hotel”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *