Tular pasal 3 mangkuk cendol durian dengan harga RM114.

tengoklah isi dalam mangkuk tu…isinya durian musang king tu.

padanlah dengan harganya kan..

cendol oh cendol..keranamu cendol..

Cendol Durian Kampung Baru

Harga cendol durian kampung baru ni, dalam RM13 semangkuk jea.

Tapi isinya dari durian biasalah. kalau durian musang king lainlah harganya.

ikut pasaran gitu. walaupun durian kampung bagi tekak aku tetap rasa sedap juga. banyak ulas pula tu.

Pergi berdua dengan Mr. Ery pun selalu beli yang biasa, tak pun ambil isi pulut.

Satu semestinya ada durian, share berdua. tak habis makan sorang..

cendol durian

Musim-musim panas terik ni, teringin pula nak makan.

Macam dah lama tak pergi sana. masalahnya nak ke sana, parking susah nak dapat…

dahlah sesak depan pasar chowkit tu..

Kat mana lagi sedap?

Setakat ini, di KL kalau tekak rasa nak makan cendol durian…kat sinilah aku pergi..lain tempat tak pernah pergi lagi..

di Shah Alam pun ada juga cendol yang sedapkan.

Kalau korang jenis tak memilih suasana tempat makan, korang try lah pergi.

Ni alamatnya, Jalan Raja Alang, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebenarnya cendol ini sedap pada isi durian atau sedap pada santan yea…hehehehe.

Korang klasifikasi tahap kesedapan pada semangkuk cendol tu bagaimana?

Cer Share.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

5 Replies to “Keranamu Cendol Durian”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *