Kerana Rindukan Kakak Azwa, Pergi Intai Dia Tapi Tak Boleh Jumpa

Masuk hari ini dah 3 hari tak dengar suara kakak Azwa. Esok baru kakak Azwa balik. Terasa sunyi betul bila dia tak ada di rumah. Kakak Azwa pergi Kem Perkhemahan Kokurikulum. Dia antara 4 orang murid mewakili sekolah. Tak ada wakil dari guru sekolah yang ikut, jadi tak tahu apa perkembangan dia di sana..

Tak dengar Abang gaduh dengan Kakak, tak dengar Ayra marah Kakak. Bila tanya Ayra “Mana Kakak?”, “Ayra, Pergi Panggil Kakak”. Terkedek-kedek jalan masuk bilik nak panggil kakak sambil mulut memanggil “WA”.

Tak tahan rindu

Malam pertama, boleh lagi go on..tapi bila malam kedua rasa rindu sangat-sangat bila tak dengar suara dia. Malam tadi, tiba-tiba Mr. Ery bersuara:

“Jom, kita pergi tengok kakak?”

” Boleh masuk jumpa ke?”

“Kita try dulu”.

Memandangkan tempatnya di Kuala Lumpur, so malam tadi kitaorang pergi intai. Mana tahu boleh nampak dia dari luar ke.. Sampai sana, pagar tutup rapat tapi ada guard. Mr. Ery turun untuk bertanya dengan pak guard situ.. dan jawapannya tak boleh jumpa anak, tapi nak kirim barang bolehlah dia hantarkan.

Sedihlah juga kan… tapi perasaan dah rasa lega..dan tak sabar nak tunggu dia balik. Nak dengar pengalaman dia di sana. Dan nak tahu dia rindu takĀ  sama mama dan ayahnya rindukan dia.. Kami tak akan buka cerita duluĀ  yang kami pergi intai dia.

Kem Perkhemahan Dalam Bandar

Masa MamaEma sampai, mereka tengah buat aktiviti di dalam dewan. Lepas itu, nampak ada khemah-khemah pasang di luar. Maknanya, mereka semua tidur di dalam khemah. MamaEma sangkakan tidur di asrama.. Macamanalah mereka tidur dalam khemah dengan cuaca yang agak panas sekarang ni..mahu berpeluh. Belajar dari kesusahan dulu.. Mana nak jumpa kem perkhemahan seperti ini… Kem perkhemahan dalam bandar boleh nampak KL Tower lagi…hebat kan. Kakak cepat balik tau.

About emarieys

Ema has written 1144 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

3 thoughts on “Kerana Rindukan Kakak Azwa, Pergi Intai Dia Tapi Tak Boleh Jumpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE