Loading...
Travel

Kerana Lembu New Zealand di Desa Dairy Farm Kota Kinabalu Sabah

Dairi Fairy Farm KK

Kerana seekor lembu New Zealand, dari Kota Kinabalu ke Kundasang hanya 4 jam termasuk perjalanan pergi dan balik. Hahahaha, laju ke? Tak adalah laju pun. Memang pergi ke sana hanya nak tengok lembu New Zealand yang viral lah. Tak singgah mana-mana tempat menarik pun kecuali berhenti di tepi untuk mengambil gambar berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang nampak kabur.

Cukup Sekali Masuk Sini

Dulu, masa pergi bercuti dengan family sehingga ke Tip of Borneo boleh pergi. Yang ni pergi pun selit dari masa yang free. Yealah, masa pergi dulu mana ada lagi Desa Dairy Farm ni. Seingat aku lah. Eh, silap dah ada tapi tak jumpa tempat.

BergerakĀ  dari Kota Kinabalu ke Kundasang perjalanan hampir 1 jam lebih, cuaca pun agak baik. Baru aku tahu Desa Fairy Farm tempatnya kena jalan terus lagi dari tempat mendaki Gunung Kinabalu. Akan lalu satu kawasan desa atas bukit. Cantik pemandangan, lupa nak ambil gambar.

Lepas itu, jumpa satu kawasan padang yang luas. Dari jauh akan nampak satu bangunan seperti kilang terbuka. Nak masuk sana, kena bayar RM5 satu orang dewasa. Kanak-kanak tak silap RM3 atau RM 2. Tak ambil kisah sebab tak ada kanak-kanak ikut sekali…hehehe.

Okey, dah masuk kawasannya, tak nampak pula lembu New Zealand berkeliaran. Nampak batu dicat rupa lembu je. Nak parking kereta kena pusing sekali dua…baru ada parking. Walaupun bukan hari minggu, mahupun hari cuti umum, ramai juga orang.

Tahan dengan bau

Keluar kereta, dengan angin sepoi-sepoi berlalu…terus hidung menusuk bau lembu..dan lebih kuat lagi bau haruman tahi lembu. Bertabahlah yer. hahahaha. Masuk ke dalam satu bangunan akan jumpa cafe dan kaunter jual susu fresh. Masuk ke dalam, barulah nampak banyak ekor lembu New Zealand. Semuanya dalam kandang. Ada yang besar, ada yang sedang, ada yang kecil. Lembu yang kecil, boleh bagi makan rumput yang mereka jual. Papan tanda amaran, jangan mengambil rumput di luar, di khuatiri dah diracun.

Dairi Fairy Farm KK

Laaa, mana lembu di luar kandangnya? Datang jauh-jauh semata tengok lembu dalam kandang ni jer ke? Ermmm, frust lah kan. Mungkin time aku sampai bukan waktu untuk lembu dilepaskan mahupun operasi memerah susu lembu. Lagi masuk dalam, lagi kuat haruman bau…kembang kempis kembang kempis hidung.

Dairi Fairy Farm KK
semerbak bau

Tak lama pun kat situ..beransur balik. Di luar kawasan padang ada nampak sekelompok lembu tapi jauh benar nak ambil gambarnya.. tak akan nampak pun kalau ambil gambar..nak masuk dekat kawasan pun pagar ditutup. Camana? Balik terus jer lah. nak datang lagi, cukuplah sekali kot. Tunggu kot ada rezeki tengok lembu betul-betul di New Zealand sana tu…Eh.

 

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

5 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE