Edisi mencari baju raya dari Bella Ammara di Vendeur Festival. Bila setiap hari tengok instagram Butik Ammara, jatuh hati dengan design jubahnya. Antaranya Najua Jubah Premium. Teringin nak pakai jubah dari Bella Ammara, sanggup bersesak ke Vendeur Festival, Bangunan Matrade minggu lepas. Itu pun nasib baik ada orang yang nak temankan. Kalau tak ada yang teman, tak dapatlah cari jubah dari Bella Ammara. Sayang bini namanya.
Punyalah ramai manusia bersesak-sesak sampaikan langsung tak jalan. Motor pun bau hangit. Sampai di bangunan Matrade, ada signboard besar depan pintu masuk, cari senarai nama-nama vendeur yang ada nak tahu booth nombor berapa. Bila dah jumpa masuk dalam…lol, tak teratur susunannya.Pusing punya pusing jumpa juga.Tak sesak dengan orang sebab pergi dah petang. Tapi bila pergi petang, banyaklah size dan warna yang nak dah sold out. Itu baru hari pertama. Bila try size XL, memang besar gedabaklah dan size L pun besar. Pelik juga, size L pun besar bila aku sarung, takkan kena pakai size M. Tak pernah beli baju size M.
Pergi kaunter nak minta size dan warna yang aku nak. Sekali warna yang aku nak dah habis licin. Pastu aku tanya, ‘esok pun tak ada juga ke?”. Yelah hari pertama dah licin, hari kedua nak jual jubah apa?. Owner tu cakap, warna yang aku nak dan warna yang lagi satu tak ada, jadi aku perlu buat pilihan untuk warna lain. Punyalah nak beraya dengan Jubah Bella Ammara, aku ambil warna biru gelap. Itupun tidak dapat terus, pihak Bella Ammara akan poskan bila stok hari rabu sampai. Aku tanya lagi stok baru sampai tak ada juga ke warna yang aku nak ni. memang tak ada, warna tu memang cepat habis.
Aku tetap terus buat pembayaran untuk jubah walaupun kena tunggu pihak Bella Ammara poskan pada hari Khamis. Bayar tanpa sebarang resit. Mula tu risau juga tak ada resit ni, tapi bila memikirkan butik dah dikenali tak akan dia nak jatuhkan pula. Dah setel bayar, sempatlah ronda-ronda lagi dan adik kirimkan mata palsu / contact lens dari lofalens. Jumpa neolofa, memang cantik lebih-lebih lagi dah bertudung sekarang. Bila aku cakap kat mr.ery, nak beli jugalah contact lens sebab contact lens lofa ada yang ada power. Memang tak dikasinya. pakai spek jer.
Hari rabu, aku terima panggilan dari Butik Bella Ammara. Aku ingatkan diaorang nak bagitahu jubah aku diposkan. sekali aku terima panggilan mengatakan jubah yang aku nak tak ada juga warnanya. Aku tanya warna apa yang ada, ada warna hijau. warna hijau yang mana?, saya nak warna hijau gelap tu. pemanggil tu cakap warna hijau yang bella pakai. Teruslah aku setuju, sebab warna hijau tu yang aku nak sebelum ini.
Esoknya, hari Khamis aku dapat bungkusan dari Bella Ammara. Bila aku buka, aku tengok warna hijau lain. Memang frust gila. Kalau aku tahu warna hijau lain, tak perlulah nak tunggu hingga hari khamis, sebab hari vendeur festival pun ada. Salah fahamlah ni, aku ingat dia cakap yang bella pakai warna hijau masa vendeur festival rupanya warna bella pakai yang diiklankan.
Balik ke rumah, termenung fikirkan pasal jubah premium warna hijau ni. Apa aku nak buat, memang aku tak akan pakailah jawabnya. Pastu, mr.ery pula cakap macam baju pregnant. Bertambah-tambahlah tolak ke tepi. Sekali, aku post di instagram nak jual jubah ni. Tak sampai lima minit terus ada pembeli. Legalah aku tak rugi biarpun masih belum ada baju raya.
Naib baik sempat & ada yang nak meneman.. tak lah kempunan dipagi raya yer dak ;P
Zaza Abdul Latif recently posted…Luahan Perasaan Yang Terpendam Part II
sempatlah dapat tapi terpaksa juga jual balik sebab tak berkenan warna dia.
emarieys recently posted…Kerana Jubah Butik Bella Ammara
cepat2 cr baju raya..dekat dah ni..
petakbunga recently posted…Tart nenas mudah-mudah
Kalau kakak sayang nak jual balik sebab kakak memang lebih suka berjubah
Ema kan tinggi, pakai apa pun cantik..
Kakzakie Purvit recently posted…Buah kopi yang bagaikan anggur
hehe penangan bella ammara ye, syukurlah ada buyer, xpe next time shopping kat butik alianajiha plak 🙂
ajumohit recently posted…Alangkah hebatnya kuasa D.U.I.T
hmmmm..frustrated kan kalau jadi mcmni. actually, event ni kat office kita. Tapi kita x pergi pun sbb nya jadual hubby utk promo raya kt shopping complex tersgtlah padat, so mmg x dpt nak pergi. keduanya, sbb ada anak2 kecik molek ni ha. susah nak shopping kalau ada anak2 kecik gini. kang tak shopping la jawabnya..huhuhu
Itu yang akak nampak kt FB ema. Ingat nak cuba nasib gak tapi dah tak sempat. Jubah tu cantik sngt. Sebab tu selling fast kot.
Tak sanggup lah nak ke sana. Sebab sesak.
Fiza Rahman recently posted…Florentine Cookies @ Krunchy Karamel Almond HOMEMADE!!!
Nasib baik dapat jual balik. Kalau tidak, memang kempunanlah nak pakai jubah Bella Ammara ni ya! Punyalah tak tahu pun pasal Vendeur Festival ni, kalau tahu sure dah terjah juga. Jubah raya belum dapat lagi ni, nak ronda-ronda tengok dekat Ampang Parklah nampaknya.
Mummydearie recently posted…Persiapan raya
Adik SA beli yang kaler gold tuh…x tau la apa yang dia suka sgt…SA mmg x pakai jubah
suriaamanda recently posted…Mangsa Pertama Bunga Api
Nama butik dah best dengar.. mesti mutu dan kualiti menarik kan…
ada hikmah disebaliknya tu….mungkin kena pakai warna merah menyala kot…haha
JAYMIEE recently posted…Cash Out Globaltestmarket kali kedua – paid survey online
Dah 2 kali raya buat jubah. Tempah sbb x semua jubah nursing friendly. Tp thn ni jubah kt kg. Tuannya still kt jhr. Acane?
sal ya recently posted…Aidilfitri 2014.
Memang kecewa la bila kita dah betul-betul berkenan tapi tak ada pula.. Belum rezeki namanya.. Nasib ada orang yang membeli.. Tak terasa rugi sangat..
Moms Avenue recently posted…Amalan Wanita Uzur Di Bulan Ramadhan
untung sebab ada yang nak beli…kalau tak sayang jugak kan sebab taknak pakai….
NOREHAN SAAD recently posted…PROMOSI SHAKLEE OGOS 2014 – GLA COMPLEX
Sangat bersyukur masih ada yang mau membeli, jadi bisa memilih model dan warna lainnya
hanari recently posted…Jenis-jenis Sakit Kepala