Loading...
Restoran

Kerabu Maggie Thai

Korang pernah makan kerabu maggie tak? Selama ni, aku hanya tahu kerabu mangga, kerabu perut, kerabu kerang, kerabu kaki ayam, kerabu taugeh. Yang selalu makan pun kerabu mangga dan kerabu perut saja.

Kerabu Maggi Thai Sedap.

Masa balik kampung baru ni, pergi makan di kedai che noh, betul-betul seberang jalan dari rumah. Dulu, kedai che noh ni hanya berniaga untuk makan pagi saja, kini berniaga hingga ke malam. Kalau musim cuti, memang ramai orang singgah dan berderetlah kereta parking tepi jalan.

kerabu maggi

Kali pertama, rasa kerabu maggie ni memang sedap. Mulanya, mr.ery yang order. sekali tak cukup tambah order lagi. Memang sedap kerabu maggi dari thai ini.

Masam-masam pedas. Maggie pun bukan maggie yang biasa tapi maggi dari thai bungkusan warna merah. Balik KL, teringat-ingat kesedapan kerabu maggie sampaikan aku kirim dengan jiran sebelah untuk belikan maggie thai bila dia nak balik sana.

 

About emarieys

Ema has written 1239 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

27 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge