rata-rata ramai yang tak suka anak berkepala butut. sebab mereka cakap tak lawa kepala butut ini. kepala butut kepala yang panjang ke belakang. aqeel syafiq berkepala butut.
“tengok depan lawa..tapi tengok sisi tak lawa. nampak pelik je”
bila tengok aqeel tidur, memang jarang dia tidur menegak. pasti tidurnya akan mengiring kiri atau kanan
sangat beza dengan kakaknya. kepala azwa leper di belakang. sesuai dengan dia kerana dia orang perempuan. azwa berkepala leper di belakang sebab dia tak minum susu badan. aqeel pula minum susu badan sampai umur dah tiga tahun lebih. minum pula secara baring mengiring kiri atau kanan mengikut mamanya. so, salah siapa?
nak pakaikan baju t-shirt berkolar bulat memang susah sikit. selalu tak akan lepas dekat kepalanya. kena pakaikan baju yang pakai butang penuh. nak pilih songkok pun susah. tahun lepas, belikan baju melayu cekak musang saiz agak besar tapi sangkut kat kepala juga. terpaksa buka jahitan pada leher baju melayunya.
tak kisahlah aqeel berkepala butut pun. mama tetap sayangkan kamu. dimata mama kamu seorang yang comel…dan teletah kamu setiap hari selalu mencuit hati… yang penting, kamu berada dalam keadaan sihat.