Alhamdulillah, ada sedikit kekuatan untuk menulis entri hari ini dan dapat juga menghadiri kenduri kahwin di sentul. Bila kenduri seperti inilah kita dapat mengenali siapa saudara kita sebenarnya. Abah dari Kelantan pun turun ke KL nak meraikan adik bongsunya walaupun berlainan ibu. Salasilah keluarga belah abah agak menyeronokkan bila abah mula bercerita.
Jika dikira bapa dan ibu yang sama, abah hanya mempunyai empat orang adik beradik yang kini tinggal tiga setelah kematian adiknya yang kami panggil mek beberapa tahun yang lepas. Ketika bapa abah kematian isteri, bapa abah telah menikah lagi untuk kali ketiga. Rupanya, bapa abah kahwin dengan ibu abah adalah pernikahan kali kedua dan pernikahan pertama bapa abah telah dapat anak seorang. Bapa abah menikah kali ketiga, sehingga mempunyai anak seramai 7 orang.
Dan kenduri kahwin di sentul baru-baru ini adalah kenduri kahwin mak sedara yang bongsu. Menariknya, tiga keluarga yang memeriahkan rombongan kenduri kahwin menyambut menantu bagi mak sedara bongsu. Keluarga abah, keluarga mak sedara dan keluarga angkat mak sedara. Mak sedara bongsu dijaga oleh keluarga angkat sejak berumur 3 bulan. Panjang pula mukadimahnya. Tapi tak dicoret di sini, pastinya akan lupa. Jomlah layan gambar dulu.
Tema biru untuk belah pihak perempuan. Aku as anak sedara bersama abah dan mak-mak sedara.
Abah dengan adiknya yang masih bujang lagi. Aku panggil pok merie. Jarang sangat jumpa walaupun Melaka dan KL tidaklah jauh mana.
Anak-anak yang makan banyak, nasi kenduri yang sedap. lebih sedap sebab dapat meja VIP.
Meja santapan pengantin, sebelah kanan keluarga angkat dan sebelah kiri keluarga betul.
Sebahagian dari keluarga yang datang meraikan majlis persandingan mak sedara. Bila tengok pok meri kepit tangan suami, rasa cepatnya hubungan ini rapat.
Plan nak buat family gathering keluarga “MAT”. dapat kumpul satu keluarga pastinya meriah.
selamat pengantin baru
moga murah rezeki pengantin 🙂
tiha recently posted…Jungle trek
salam ema… majlis macam ni la bagus… bleh kumpulkan keluarga jauh dan dekat dan yg jarang berjumpa. pok merie pun kemain paut tgn husband ema. heheh..
Tahniah buat pengantin baru. Yalah, masa ni aje boleh bertemu saudara-mara dan berkenal lebih mesra. Kalau tak tahu salasilah, memang susah sikitlah sama macam saya ni. Kalau tak diterangkan satu persatu memanglah tak kenal mana saudara.
Mummydearie recently posted…Sleep Paralysis
tahniah kepada pengantin baru.
Raihanah Ahmad recently posted…Mealshake Terbaik Untuk Anak-anak
mmg seronok kenduri kawen nie sbb dapat bertemu sanak saudara…
Hairul Hissam recently posted…Cara Renew Roadtax dan Insurance Kereta Online dgn E-Takaful Ikhlas. Dpt 10% Diskaun Lagi Beb
Hehe..dah lama tak makan kenduri macam ni..anak sulong saya pun memang suka makan gulai kenduri ni..hairannya, kat rumah tak berselera macam kat majlis kawin..haha..
Hafizul recently posted…Kelebihan Ujrah PTPTN
Bila lagi nak berjumpa saudara-mara yg jauh kalau bukan masa macam ini Ema.
Majlis beginilah yg mengeratkan silaturrahim
Kakzakie recently posted…Bila lupa singgah dalam diri
time cuti sekolah nih..memang ramai yang akan kahwin. hehe
titan recently posted…Kertas Soalan Sains UPSR bocor dan di tunda ke 30 September 2014?
majlis perkahwinan lah tpt yg plg sesuai utk berkumpul sama sanak saudara … tahniah pengantin …
Qaseh Vee recently posted…Jatuh Cinta Dengan Mama Mia
tahniah kpd pasangan pengantin sama cantik dan sama padan, wahh berseri2nya ema 😉
ajumohit recently posted…Adam suka lagu nget nget
terus SA mcm pening dan blurr sekejap…panjang betul salasilah keluarga ema kan…maaf jarang bertandang ke sini akibat kesibukkan kerja….
selain dari hari raya, majlis perkahwinan adalah salah satu alternatif untuk berjumpa dan berkenalan dengan saudara mara kita yang jauh
Uncle Zuan recently posted…Koleksi Lagu Classic 70an dan 80an dalam Soundtrack GOTG
Itu yang diperlukan oleh generasi masa kini. Bertemu dengan saudara yang jauh dekat. Macam saya tiap kali balik kampung ayah mesti cerita sama sembang dgn pakcik2 tentang orang ni siapa…orang tu relate mcm mana dan sebagainya 🙂 Last sekali raya lepas punya open house pun masih duk sembang lama dgn mak sepupu…pasal benda yang sama huhu
Hilmi Hasan recently posted…Family Time
Selamat pengantin baru buat mereka.
btl tu kak.. time kat majlis kawen ni gak mulalah ade sesi kenal2 dgn sedara mara la..
ok la , klo x..xkenal plok kan..
cantik pgantin n pgapit tu..apa2 pom moga kekal hingga ke jannah..amin
Seronok tengok kenduri kahwin macam tu… rasa macam nak kahwin lagi kalau boleh, tentu seronok kan kan?
Mohd Shubhi recently posted…Kenapa anda perlu takut berniaga
Cuti sekolah ramai pasangan muda menamatkan zaman bujang mereka.
akubiomed recently posted…Progres Aquascape selepas 7 hari
Tahniah dan Selamat pengantin baru..
Pepel tema kawen MJ jugak 😀
Myra Jay recently posted…Ayam Percik simple tapi sedap
masa kenduri kahwin ni la baru kita jumpa semua saudara mara sepupu sepapat kan…
anyway, tahniah dan selamat pengantin baru buat maksu.. 🙂
ctfand recently posted…Masalah WiFi iPhone Selesai!
selamat pengantin baru lagi kan ?? 🙂
semoga dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan bahagia till jannah insyaallah..
seronok tengok keluarga besar berkumpul…
Meriahnya keluarga besar Ema…seronokkan bila ada ramai saudara mara…kerja kahwin pun jadi mudahlah nanti 🙂
Junainah Mohamed recently posted…Punca Suplemen tidak Berkesan kepada Pengguna
Suka pergi kenduri… Time tu lah boleh jumpa saudara Mara Dan kawan yg lama x jumpa
munnw recently posted…WW : Insyaallah
saya paling suka nasi kenduri…sedapnya..
maria awi recently posted…5 Cara Untuk Cepat Hamil
lama dah tak makan nasi minyak..hehehe..bulan 11 ni, sue akan buat katering kat shah alam..risau jugak sbb ni pengalaman pertama..hopefully dipermudahkan..
Suria Qistina recently posted…MEKAP NIKAH KHADIJAH @ KLANG
lauk kenduri
lauk free
confirm la sedap
tahniah utk pengantin
semoga kekal sampai ke syurga
ellynadyra recently posted…Pulau Pangkor – Part 1
Baju pengantin pepel lebih kurg macam myra dlu..
tp baju laki mmg sebijik..
Myra Jay recently posted…Jeruk Mempelam/Mangga Asam Boi