Kenapa Ultraman?

Naik hairanlah kali ini..sejak dua menjak ni si aqeel sangat suka tengok cerita ultraman..bangun awal pagi selepas ema tapi sebelum kakak azwa…dah minta on tv nak tengok cerita ultraman…bila cakap ultraman tak ada lagi..tak percaya..minta buka channel setiap satu satu…siap suruh tekan nombor itu..nombor ini…sekali bila keluar cerita upin ipin..baru nak caya..ultraman tak ada..so, layanlah upin ipin jadinya.
kusyuk dapat layan ultraman

Ralit Tengok Ultraman

Bila ambik dari rumah pengasuh pun sama, tetap minta tukar chanel..nak cerita ultraman juga..sampaikan ganggu cerita si mamanya..mamanya sibuk nak tengok sembilu…yer, orang lain sibuk layang setia hujung nyawa, ema layan cerita lama…hehehehe…sembilu lakonan hetty dan zed zaidi…tak pernah tengok sehingga last episod…apa yang akan jadi yer?
belum ada patung ultraman kat rumah lagi ni
Hah, baju yang dipakai tu pun baju ultraman..baju ayahsu dia…. dah dua tiga kali pakai..setiap hari nak pakai..sampaikan baju tu dah dalam bakul baju kotor pun tetap dia ambil dan suruh kita tukarkan…
remote pun dia yang konker
Bila tanya besar nanti nak jadi apa?
Nak jadi ultraman jawab dia…
Aqeel..Aqeel..
ultraman tak minum susu..ultraman tak menangis….ultraman tak takut
tapi kamu?

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge