Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7. Pilihanaraya Umum ke -14 ini, menjadi sejarah Negara apabila Tun Dr M orang pertama yang menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk kali kedua. Apapun isu-isu yang sedang berlaku kini, kita sebagai rakyat mendoakan kesejahteraan negara dan semoga kita semua dilindungi oleh Allah swt.
Kenangan PRU 14
Kenangan untuk aku simpan di dalam blog semasa PRU ke 14. Aku mengundi di Kelantan, Mr. Ery mengundi di KL. Last minit dapat tiket bas sehari sebelum pilihanraya. Itupun dapat dari group jual beli tiket bas balik kampung. Aku bawa balik Ayra Sufia seorang. Hari bertolak, Ayra Sufia tak berapa sihat..perut meragam dan asyik membuang air besar. Risau juga aku, kan dalam bas membuang..semerbak pula baunya. Aku tawakal saja. Elok sampai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Ayra Sufia sakit perut lagi. Berkejarlah ke tandasnya.
Turun di tingkat 2, tunggu bas Sani Ekspress jam 9.30 pagi. Lamanya, aku tak naik bas..sejak TBS ni wujudlah. Bas sampai, cari tempat duduk no.10, lega dapat tempat duduk seorang. Bila aku nak riba dan baringkan Ayra tak adalah kena orang sebelah. Bas dah bergerak, aku nampak ada beberapa kerusi kosong dan ada satu seat sebelah menyebelah kosong.
Tak berani nak bergerak dan pindah, takut akan ada orang lain naik di pertengahan jalan. Sehinggalah di Bentong, masih kosong..nak bangun tukar kerusi, Ayra pula tengah tidur. Tak lama, ada orang lelaki pergi duduk kerusi tu. Ermm, bertahanlah aku riba Ayra Sufia yang beratnya dah 12kg.
RNR Gua Musang
Berhenti 40 minit rehat di RNR Gua Musang. Masa untuk tukarkan pampers Ayra. Tengok ada kesan najis, entah bila dia teran beraknya..nasib tak berbau dalam bas. Singgah beli jagung sebelum naik bas. Tengah beratur masa itulah si Ayra Sufia tengah meneran lagi…Alahaii, anak..baru keluar tandas.. Walaupun anak tak sihat, Alhamdulillah Allah bagi perjalanan lancar. Perut anak meragam pun masa bas berhenti..
Sepatutnya sampai Kota Bharu paling lama pun akan sampai 5.30 petang tapi perjalanan balik untuk PRU ini jam 9.30 belum sampai Kota Bharu. Sangkut jem sebelum Kuala Krai pun dah 3 jam. Kebas habis segala badan. Meriah di tepi jalan dengan sambutan dari parti politik masing-masing. Berarak dengan kereta, motor sambil kibar bendera politik yang disokong. Dan disebabkan keluarga pun dah lama tunggu aku tak sampai-sampai ke KB, aku turun di Wakaf Che Yeh.. bila malam, lagi bertambah jem masuk ke bandar. Fanatiknya orang-orang di Kelantan dengan politik lain macam sungguh. ada yang sanggup gadai nyawa.. 5 tahun sekali kan…excited kemain tinggi.
Hari Pilihanraya Saluran 4
Tahun ini ada peneman pergi mengundi. Aku mengundi di saluran 4 dan Angah saluran 5 di Sekolah Menengah Tok Janggut. Boleh tahan juga bahang cuaca yang panas. Beratur panjang tapi tidaklah lama menunggu..lebih kurang 20 minit saja. Kawan aku ada yang 3 jam beratur. Selesai tanggungjawab sebagai pemilih.
Keputusan PRU yang mendebarkan
Masih berdebar lagi ke? hehehe..semua dah tahukan kemenangan kepada parti mana. Tapi menunggu keputusan setiap PERLIMEN dan DUN memang mendebarkan. Lagi-lagi kawasan yang panas. Tak pernah lagi berlaku, untuk ketahui keseluruhan keputusan sehingga bertemu hari esok…panjang sungguh masa diambil..apapun #MalaysiaMemilih. Kini, bekerjalah aku dengan kerajaan baru.
Tahniah… Kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengundi…
antara pilihanrya yang amat mendebarkan ramai pihak..
saya sebagai petugas media…memang tidur jam 4 pagi selepas mengetahui keputusannya..
apa-apapun debaran masih terasa kerana orang media front end kepada isu-isu semasa
mrhanafi recently posted…Bakso Sarawak Menu Terbaik Untuk Berbuka Puasa
Alhamdulilah ema, sudah tunaikan tanggungjawab…syukur.