Kecil comel orangnya Puan Azie Sam, seorang perunding imej. Dari pandangan pertama aku, dah boleh baca macam mana dia jaga cara penampilan dia.

Aku pula, kalau yang tak kenal, memang akan cakap aku ni sombong. Hah, itu first impression orang terhadap aku. Pernahlah seorang kawan sekerja aku ni, kak As aku panggil. Hari pertama dia baru masuk kerja di opis, aku bertugas di kaunter depan. Katanya, masa hari pertama masuk kerja, dia takut nak tegur aku, katanya muka aku ni muka sombong. Bila dah kenal, baru dia tahu aku ni macam mana… tapi nak tanya juga “muka sombong ke aku ni?”. Kalau muka sombong, macam mana Mr. Ery mengurat aku yer…hahahaha. Dah namanya cinta pandang pertama kan..Eh.

Bengkel Personaliti Diri
Betul ke tak penilaian mereka ni?

Bengkel Personaliti Bersama Azie Sam

Ini yang ke-3 punya program ilmu yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) pada tahun ini. Syukur Alhamdulillah. Dengan ilmu ini, dapatlah aku kenali personaliti sendiri macam mana dan apa yang perlu kita diubah.  Yea, diri sendiri tak akan nampak apa yang buruk pada diri melainkan orang lain yang akan tegur. Dan kita kenalah bersedia untuk mengubah dan bukan pula jadi marah. Sebenarnya, itu untuk kebaikan kita juga yer.

Bengkel Personaliti

Tips untuk “Wow Impression”

  1. Relax – buang jauh tekanan yang anda rasakan dan jadi diri sendiri. Lupa seketika masalah yang ada.
  2. Look Clean – penampilan luaran kemas, bersih dan sedap mata memandang.
  3. A winning smile – senyum akan mengubah segalanya.
  4. Body language
  5. Ask more, say less

YOU NEVER get a second CHANCE to make great FIRST IMPRESSION

Personaliti Diri

Personaliti adalah ciri-ciri tingkah laku yang ada pada individu, namun setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat perhatian dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada suatu ketika. Ada 4 kategori personaliti diri yang boleh dibahagikan iaitu:
  • Natural – Selesa, mudah digayakan, ringkas, tidak berfesyen, minimal aksesori
  • Romantic – Feminin, suka perincian, suka aksesori, pentingkan kecantikan, ikut fesyen terkini
  • Classic – Elegan, klasik, berstruktur, berpadanan, pentingka kualiti
  • Dramatic – Unik, kreatif, berkeyakinan, indualistik, berani, aksesori sarat

Bengkel Personaliti Diri

Pengaruh warna juga memberi impak dalam penampilan diri. Dan turut diajar tips padanan warna yang betul. Memang best sangat. Siapa sangka, sebelum ini aku pelik padanan warna hijau dengan kuning..tapi rupanya ia sangat sepadan yer.

Ukur badan sendiri

Hey, ini bukan ukur badan sendiri nak beli ikut kemampuan tu yer.. Ini ukur badan untuk tahu bentuk badan jenis bagaimana dan apa pakaian yang sesuai untuk dipakai. Di mata sendiri nampak cantik, di mata orang nampak buruk. Itu yang tak nak kan. Ada bentuk badan bentuk buah pear, strawberry, epal, bentuk pembaris pun ada… kecoh satu dewan bila dah tahu badan dalam bentuk apa. Aku? tekalah…hahahaha..

Bengkel Personaliti Diri

Imej bukanlah segala-galanya namun tanpa imej yang tepat kita tidak mungkin dapat meyakinkan orang lain tentang prinsip yang hebat, nilai-nilai positif, potensi besar dan kemampuan serta bakat yang ada dalam diri kita.

Bengkel Personaliti Diri

Terima kasih pada Puan Azie yang banyak memberi input tentang penjagaan personaliti diri. Banyak ilmu yang disampaikan ini, sedikit sebanyak dapatlah aku ubah apa yang perlu diubah.  Yang mana nak dapatkan khidmat perunding imej persendirian mahupun kerajaan atau swasta boleh cari Puan Azie yer. Memang recommended sangat. Follow rapat Puan Azie di media sosial:

Facebook: Azie Sam

Instagram : @Azie_Samm

WhatsApp : 012-629 9393

Email : aziesamad@gmail.com

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

6 Replies to “Ciri-Ciri Personaliti Seseorang, Kenali Personaliti Sendiri Bersama Perunding Imej Azie Sam”

  1. Ohhh..tinggi juga ema ni. Best juga bengkel macam ni.Eheheeh,yang penting,terima pandangan orang mengenai diri kita.First impression

  2. Melalui catatan ini banyak juga panduan yang dikongsikan Puan Azie Sam berkait imej dan personaliti diri. Imej yang sesuai dan tepat akan lebih meningkatkan keyakinan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *