Pasal kentut pun nak dibuat entri ke…..isshhh…isshh…. peduli apa saya…ikut suka hati sayalah…. sebab yang ada idea bab kentut jer time ni…so, layan saja…. ada ke orang nak mengaku ni… kalau jujur mengaku….tak jujur pun mengakulah juga…..saya? kejap nak lepaskan kentut dulu…hahahaha….

Tak Jujur –>anda orang yang kentut tapi salahkan org lain

Bengong–>anda orang yang tahan kentut berjam-jam lamenye

Yakin Diri–>anda orang yang kentut dengan lantang

Sadis –>anda orang yang kentut dalam selimut pas2 kibas2kan baunye (hoho ketegori tak senonoh!!)

Strategik –>orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat2 (tetibe jer ketawa tak tentu pasal)

Misterius –>orang yang kentut tapi tak dapat dikesan

Gugup–>tiba-tiba kentut apabila disergah

Periang–>kentut perlahan-perlahan pastu senyum sorang-sorang

Lagi Info Pasal Kentut

Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan? Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar.

Adakah betul kentut boleh menyalakan api? Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut? Ada. Pernah tengok ‘Just For Laugh’ di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik? Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah…

oppss…kalau si ujang tu kentut camana…. dia raja kentut dekat blog-blog yang diterjahkan… hari ini dah pergi berbulan madu kat atas bukit cameron sana…. kalau sejuk-sejuk tue..lagilah kuat kentut kan….hehehe…. so tahan sajalah yana erkh…..

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *