Kemeriahan PRU Di Negeri Kelantan
Salam Malaysia,

PRU

Walaupun PRU sudah berlalu, tetapi desas desus mengenai PRU kali ke-13 masih jadi bualan hangat.
Ada yang puas hati ada yang tidak puas hati…bukan mudah untuk puaskan hati orang lebih-lebih lagi melibatkan hati ramai orang…iaitu rakyat Malaysia.
Aku tak nak cerita pasal kekecohan politik di Malaysia tapi aku nak kongsikan pengalaman aku balik kampung untuk mengundi pada PRU 13 ini.
Kemeriahan menyambut PRU di Kelantan sangat berbeza di tempat-tempat lain…di sini aku akan bezakan di tempat aku Pasir Puteh, Kelantan dan KL di kawasan tempat tinggal aku.
PRU ini boleh ibaratkan satu perayaan bagi Orang Dewasa.. Mereka semua memang bersemangat menyambut pilihanraya. Aku juga sempat pergi ke pos-pos parti yang dihias mengikut kreativiti sendiri. Malah, ada pos sediakan makan ringan dan antara yang sempat aku rasa ayam bakar dan nasi dagang.
Antara salah satu pos Barisan Nasional di Bandar Pasir Puteh
Kreativiti pos Pas di kawasan Sri Aman, Pasir Puteh, Kelantan
Lihat pos kedua-dua politik ini. Walaupun berbeza politik dan pos-pos dibina bersebelahan tiada berlaku kekecohan pun.
Malam kemuncak PRU adalah paling bermakna. Aku sempat melihat kemeriahan perarakan membawa bendera-bendera politik masing-masing.
Dengan laungan Kekal…..Tukar
Kemenangan di kampung aku adalah Kekal.

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge