Dua minggu lebih anak cuti sekolah bulan ni. Dua hari sebelum sekolah, aku hantar anak dara ke kem anjuran dari Telaga Biru Training & Consultancy. Banyak program yang dianjurkan oleh Telaga Biru Training dan salah satunya adalah Kem Funzania. Kem ini selama 2H 1M ini untuk anak berumur 7 hingga 9 tahun di Teratak Malaya, Janda Baik.

Kem Motivasi Cuti Sekolah.

Siapkan baju lengan panjang, tudung, telekung, stokin, kasut, sabun, tuala, dan selimut. Pihak kem yang minta sediakan kelengkapan ini. Aku agak mesti tinggal dalam asrama.

kem

Anak  sedara pun join sekali buat teman Azwa. Tapi anak sedara aku lelaki, terpaksa berasingan juga. Walaupun aku tahu Azwa boleh bawa diri, kerisauan tu tetap ada. lebih-lebih lagi kena bermalam di tempat baru. Azwa, dia tak payah tanya. memang over excited pun.

 

Program Telaga Biru

Terus ke meja pendaftaran untuk check nama dan ambil goodies bag. Peserta dalam lingkungan 32 orang, 11 perempuan 21 lelaki.

 

Pendaftaran Kem

 

Penat mama ko dik. dukung macam budak kecil. Terpaksa dukung Aqeel. Nak turun dari kereta, tengok sebelah selipar Aqeel tak ada. Tercicir di stesen minyak agaknya.

 

Pendaftaran Kem Funzania

Di sinilah anak kena bermalam satu hari. Bilik lelaki dan perempuan sebelah menyebelah. Masuk dalam, nampak berderet katil double decker, cuma tak ada almari. Macam asrama tapi lebih selesa.

 

Asrama Perempuan

Tak perlu risau anak tidur dalam sana sebab akan ada akak/abang fasilitator tidur dalam bilik itu juga.

hantar ke bilik

Dalam pukul 3:00 petang, program dah mula mengikut jadual. Berbaris mengikut ketinggian nak pergi ke dewan. sampai sinilah aku tinggalkan Azwa.

Malamnya, aku whatsapp nombor ketua fasi nak tanya anak macam mana. bukan tak percaya pada mereka pun, sambil tanya anak sambil aku selitkan permintaan untuk mereka hantar gambar aktiviti.  bolehlah aku masukkan dalam blog.

Tak tunggu lama, whatsapp gambar-gambar aktiviti diterima dari whatsapp satu group. Anak-anak dibahagi kepada empat kumpulan. Azwa kumpulan kucing dan sepupunya kumpulan burung.

luahan melalui lukisan

Aktiviti Yang Dijalankan

Aktiviti pertama, mewarna lukisan mengikut tema kumpulan. Mencipta logo dan moto. Ada satu video kumpulan Azwa yang dihantar, memang dengar suara dia saja. Azwa cakap, kumpulan dia yang menang sebab ceria.

lukisan

Tidur jam 11:00 malam, bangun seawal 5:00 pagi. senang pula bangun awal pagi kat sini, kalau kat rumah bukan main liat. Solat berjemaah dan buat senaman pagi.

senaman pagi

Anak-anak tengah menyalin resipi.

aktiviti

Bakal Master Chef anak-anak semua.

master chef cilik

menu sarapan

Tiga menu yang dipelajari Tart Dessert, Chicken Smoke Loaf dan Oreo Ice Milk Shake.

 

kumpulan kucing

Anak-anak turut diajar untuk menanam pokok.

tanaman

Selepas makan tengahari, anak-anak bermain warrior games atau kita panggil games dadu. Siapa yang kena. Melangkah ke depan ke belakang.

warrior games

Inilah yang paling menyeronokkan dapat berendam dalam sungai.

mandi sungai

Walaupun masa singkat, tapi anak-anak dipenuhi dengan program yang bermanfaat. Kebetulan last day hari bapa, anak-anak turut menyambut hari bapa di sana. Tak ada kek bagai..cuma nyanyian hari bapa ikut tone hari jadi.

hari bapa

Dah berjaya menamatkan Kem Funzania. terus dapat sijil penyertaan.

sijil penyertaan kem

Pokok yang ditanam oleh Azwa. Bawa balik rumah, kita tengok bertahan berapa lama.

Tanaman

Persekitaran Teratak Malaya, Janda Baik, Pahang.???????????????????????????????

Terima kasih pihak Telaga Cincin & Consultancy yang telah berjaya menganjurkan program ini. Ibu bapa anak-anak semua turut mengucapkan tahniah. Dalam perjalanan balik, masing-masing teruja untuk bercerita.

Malamnya, terus minta pergi beli barang-barang resepi nak buat menu yang dipelajari. Dah dua malam berturut-turut buat resipi tart.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

11 Replies to “Kem Motivasi Anak Umur Tujuh Hingga Sembilan Tahun”

  1. Bestnya Azwa dapat pergi kem motivasi begini. Si Abang belum dapat bermalam di luar rumah lagi 🙂

    Seronok pulak tengok mereka berdikari, belajar perkara baru sesama rakan sebaya. Lebih elok begini berbanding dengan duduk depan gajet je memanjang.
    Mummydearie recently posted…Abang ‘terkena’ lagi ….My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *