As Salam
Baru nak buat entri Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. disebabkan blog masih tak stabil. Sambutan Maulidur Rasul tahun ini sangat meriah dan ia pertama kali dianjurkan oleh kaum keluarga semua.
Majlis Perhimpunan Kaum Keluarga Wan Jah dan Allahyarham Haji Mat. Siapakah gerangan Wan Jah disisi kami semua. Beliau adalah mak kepada mak mertua ema, nenek kepada mr. ery, mokyang kepada Azwa dan Aqeel.
wajah kesayangan kami semua…cucu panggil mokwe, cicit panggil tokwe
sebahagian kaum keluarga yang sempat bergambar kerana ada cucu dan cicit yang tak dapat datang meraikan bersama
Asalnya, Wan Jah mempunyai 11 orang anak tapi dua telah meninggal dunia kerana demam panas. INSYAALLAH, acara ini akan diadakan setiap tahun untuk mengeratkan silaturahim sesama keluarga.
Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai seperti ini dan masih ramai lagi saudara mara belah mr.ery tak dikenali.