Akhirnya jejak juga kat sini. Orang cakap tempat ini keras..tapi bila jaga adab kelakuan dan percakapan InshaALLAH semua okey. Tujuan pun nak tengok lebih dekat pembinaan Istana Kellie’s yang menjadi salah satu tempat pelancongan Negeri Perak. Banyak kali juga lalu, tapi tak pernah pun nak singgah.
Hari yang aku pergi ni orang tak ramai sangat…maybe time tu tengahari matahari betul-betul atas kepala..memang berpeluh lah panjat ke atas tu..sebelum masuk sana kena beli dulu tiket kat kaunter RM5 dewasa dan kanak-kanak RM3 untuk 3 tahun ke atas…bawah 3 tahun percuma. Tunjuk MyKad yer..kan kena charge berganda-ganda…itu apa yang tertulis di kaunter lah..walhal aku pun tak tunjuk pun…dah dia tak minta..
Selesai beli tiket, kena sekat dengan staff sana, untuk ambil gambar family jer..berkenan beli tak berkenan tak payah beli. Mudah. Aku sendiri pun tak beli atas alasan masa turun dari istana tak ada pun gambar keluarga aku yang diaorang print. Selamat duit aku. Hehehehe.
Sejarah Kellie’s Castle
Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras. Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya. Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan ‘sedang dibina’ telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya. (Sumber:
Mula itu risau juga nak bawa Ayra masuk, dia masih kecil. Takut meracau ke apa kan…Tapi kemain macam-macam gaya dia posing kat dalam ni..
Beraninya kakak dahlah tak ada dinding pun.
Uniknya dinding istana dibina menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Pembinaan istana ini tidak menggunakan paku, besi atau jentera berat.
Banyak kisah-kisah misteri yang aku dengar pasal istana Kellies ni. Ada yang nampak budak kecil berkeliaran, nampak hantu, pengawal tanpa kaki..misteri penunggu dan sebagainya.
Tak tahulah kisah itu betul atau tidak..Wallahualam. Sepanjang aku kat sini..Alhamdulillah tak ada berlaku apa-apa yang misteri pun. Selesai bergambar terus menuju ke homestay Dato Seri Vida tu..
Kellie’s Castle,
Batu 5, Jalan Gopeng,
31000 Batu Gajah
No. Tel. : 05-365 3381
No. Faks : 05-365 3420
cantiknya.Ala-ala obersea nihh.Tak pernah lagi sampai.Teringin betul nak p sini.
ina azlina recently posted…TIPS for Kitchen Renovation with a Budget
Wow cantiknya gambar2 pandai email ambil gambar
pernah singgah sini beberapa tahun lepas, waktu tu anak2 kecik algi, risau juga tapi ok je diorang
ajumohit recently posted…Kereta saya pun sudah dipasang RFID