Penat Drive Kereta Singgah Makan Nasi Tengahari di Gua Musang, Kelantan.

Makan tengahari di Gua Musang

As Salam Semua!

wah, masing-masing bersambung cuti yer.
patutlah blog sunyi sepi (blog aku jer)
tuan blog bercuti blognya ikut sekali
bukan tak ada line internet tapi tuan blog busy kemain lagi
lebih-lebih lagi bila balik kampung

eh3x, ada masalah lagi ke korang nak masuk blog ema ini.
aduh, dah pening kepala tak tahu nak setel macam mana.

kali ini seronok balik kelantan
sebab? (ayat yang selalu keluar dimulut aqeel)
sebabnya jalan clear sesangat.
kelantan tak ramai orang cina…orang melayu saja yang sibuk-sibuk nak balik musim cuti raya cina (akulah tu)

Makan Nasi Tengahari di Gua Musang

on the way balik kampung halaman
singgah lunch pukul 4.00 petang di Gua Musang
perut dah keroncong minta diisi..bertolak dari KL pukul 1.00 tak singgah mana-mana
alang-alang tepi jalan kedainya…
kami makan nasi tengahari di Gua Musang

Singgah di Restoran Mesra Wangi Nasi Kukus dan Masakan Panas

makan nasi tengahari di restoran mesra wangi

senang saja nak jumpa kedai makan ini. betul-betul berhadapan dengan sekolah menengah gua musang dan dekat dengan simpang empat ke Kuala Krai.

menu nasi tengahari

menu-menu yang ada

mr. ery order nasi kukus lauk daging. daging besar. sedap

nasi tengahari di gua musang kelantanema makan nasi tengahari dengan order nasi goreng daging merah. makan sampai licin

lepas perut dah kenyang..
apalagi kalau bukan teruskan perjalanan
masih belum sampai ke destinasi yang sebenar

notajari : macam-macam ada kat Gua Musang ini. kalau penat drive kereta boleh bermalam mana-mana hotel murah. tempat makan banyak tempat shopping pun banyak.

About emarieys

Ema has written 1278 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge