Panjang pula tajuk entri hari ini. hari ini lambat sikit bersiaran sebab tengah menahan sakit gusi. sekali sekala gusi ini mengada-ngada. aduh, menggosok-gosok pipi dengan belaian lembut. terasa ada gegembung bengkak di pipi. kena pergi klinik ni.
Tajuk tidak menahan tu. budak-budak mana tahu pun ada pesta hot ballon di putrajaya. mak budak saja yang terlebih syahdunya. tapi hilanglah syahdu itu bila lihat anak-anak bergembira di belakang dapur bermain buih sabun.
Sekali sekala terdengar rengekan si aqeel bila berebut bekas air sabun dengan kakaknya.
Aqeel memang tak puas hati sebab kakak dapat yang bekas buih sabun besar dan panjang. dia hanya dapat bekas kecil. itupun dah tersadai di atas aquarium kosong tepi kasut sekolah (esok dah nak sekolah, mama baru terhegeh-hegeh nak basuh kasut sekolah kakak).
Yang tak menahan lagi, petang tu sambung main lagi. sebab itu aqeel dah bertukar bajunya dan time ini si kakak tengah mandi. so, dia dah boleh konker sorang-sorang.
Bersemangat tiup buih. penat berdiri duduk pula. tak kisah pun panas matahari terpacar di atas simen
Si kakak tak sabar-sabar untuk tunjuk skillnya. selepas siap mandi pakai baju yang sama terus sibuk suruh mama ambilkan gambar dengan buih belon masih lekat pada batang buih sabun. rambut pun tak sempat nak sikat elok-elok.
Tengok ni mama…tengok ni mama…pandaikan kakak buat buih besar.
Anak-anak gembira hilang segala duka..ceewah, mengada-ngada betul mama ni. lagi terubat bila kami semua pergi ke Bukit Jalil tengok kereta PROTON.