As Salam
Salam 1 Rejab dan selamat berpuasa sunat atau ganti (me) pada hari ini dan hari-hari seterusnya.
Sabtu malam yang lalu ada Majlis Sambutan Hari Ibu anjuran kaum ibu-ibu KAMARA. pagi sabtu terima mesej dari cikgu azwa..ada pertandingan mewarna untuk budak-budak tadika.. selalunya apa-apa aktiviti nak dibuat akan diberi surat. tapi penganjur maklumkan pada cikgu pada hari jumaat.
Fikir banyak kali juga, nak pergi atau tak. yealah, malam tu kan ada siaran langsung Perlawanan Akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby..nak tengoklah kat tv. tapi demi anak yang sangat minat mewarna… kami bertiga pun pergi. bertiga sebab mr.ery pergi ke stadium di saat terakhir dan dapat masuk tanpa tiket cuma bayar RM 10 sahaja…bertuah sungguh….
Selain mewarna, banyak aktiviti lain yang ada…bagi budak umur 7-12 tahun pertandingan membuat kad hari ibu…kaum ibu ada pertandingan memasak (masak di rumah dan bawa ke dewan)…nasyid dan cabutan bertuah…
Dari dua buah sekolah tadika yang masuk pertandingan..hanya beberapa orang yang datang… mungkin sebab keluarga mereka nak tengok bola atau anak mereka tak berminat mewarna atau keluarga ada urusan masing-masing… sekolah azwa pun hanya 4 orang yang datang..dan selebihnya sekolah tadika KEMAS.
Acara mewarna bermula…kesian tanpa meja dan alas..hanya diterangi lampu gelanggang…nasib baik cikgu bawa keluar fail untuk lapik kertas warna…
Kusyuk benarlah kalau bab mewarna..siap tanya mana satu orang cina..mana satu india..sebab nak kaler kulit…tapi tak tanya mama pun..lebih suka tanya cikgunya…
Mula-mula elok lagi membongkok badan sambil warna..pastu meniarap terus…penat katanya.
sangat puas hati dengan usaha azwa yang berjaya menyiapkan kertas warna atas usaha sendiri. sebab apa..ada segelintir ibu yang tolong warna untuk anak…
Usahanya berbaloi kerana mendapat tempat pertama dan bawa balik satu tuala besar, tuala kecil dan warna….sangat bangga dengan kamu.
Nombor dua pun dimenangi oleh rakan sekelas azwa manakala nombor 3 dimenangi budak lelaki (dalam gambar atas) dari sekolah lain..walaupun agak lambat dia mulakan sebab warna tak bawa..tapi dia berjaya atas usaha sendiri juga..