Pulau Manukan, Kota Kinabalu Sabah
Nak habiskan entri kat Kota Kinabalu, Sabah…last entri dah ni… entri yang penuh dengan gambar…nak cerita pun dah ingat-ingat lupa..tapi siapa yang sampai kat sini..rugi woo tak singgah ke Pulau Manukan kat sana…sekejap pun jadilah… buat macam kami ni..pukul 7.00 pagi dah berada kat jeti…pukul 8.00 pagi dah ada kat bot…pukul 8.15 pagi dah sampai kat pulau dan pukul 10.00 pagi dah gerak balik… kejar masa nak balik ke KL pula..
aktiviti harian penduduk perkampungan laut di seberang sana… mula tu kami sangkakan akan naik bot seperti ini..kalau seperti ini..awal-awal lagi dah cancel nak naik…. tapi bagi penduduk sana dah biasakan..rileks saja..
manalah bot yang disewa kami ini…RM 150 untuk satu bot..so kongsi RM 50 sorang… tapi still lagi mahal okey…
jangan tiru seperti kami yer..tak pakai jaket keselamatan… memang ada pun kat bawah seat tu… inilah bot yang kami naik..barulah rasa konfiden nak naikkan…abang arman inilah yang bawa kami ke Pulau Manukan…sini kami tanyalah sikit tambang yang sebenarnya…dia cakap hanya RM 100 untuk satu bot tidak lebih 7 orang..kalau lebih 7 orang dah kira kepala pula… adatlah kan pertama kali datang…kena pula dengan orang tengah…dah makan kat dialah RM 50.00 tu..haish…untung bersih saja pakcik tu… apalagi terus saya ambil no telefon abang arman ni..korang nak tak?
sampai jeti pulau..dah jakun tengok macam-macam jenis ikan…itupun kat papan tanda saja…
selamat datang yer kawan-kawan.. nak masuk sini kena bayaran RM 3 untuk seorang pula tau…so sediakan duit kecil awal-awal..
ikut arah papan tanda..jangan ikut arah saya…ngeh3x
jangan main-main…opps, meletop nanti…
siapa yang berbajer besar tu…bolehlah main scuba ni..tak silap saya RM 250 seorang…tangkap video kat dalam laut sekali tau…
ada chalet untuk bermalam kat sini..tak silap saya RM 175 seorang untuk satu malam… kalau nak murah carilah hotel kat bandar KK….datang sini naik bot saja..senang kan…
pasir yang halus
pohon-pohon menghijau
mahu keluar peluh pun ada…
jeti yang selamat untuk dilalui
pulau-pulau berdekatan
air yang jernih sekali..boleh nampak ikan bilis ke tu?
kelihatan ikan kongsi makanan..
kelihatan semakin ramai yang datang
pulau sapi ke namanya
terima kasih kat student UiTM kerana bagi kami makan ubi rebus…pandai diaorang agak perut kitaorang ni tengah kelaparan..yelah tak sempat pun nak breakfast kat hotel…
jalan pun sudah..ronda pun sudah…pusing pun sudah…apalagi say ‘goodbye’… saya akan datang kembali tahun depan…InsyaAllah…
Pasar Kering
selepas balik dari Pulau Manukan..haruslah berjalan kaki menuju ke hotel..sempatlah lihat aktivit harian mereka kat pasar kering… lihat saja tau…
tidak membeli pun
sampai hotel, pack beg dan terus check-out dan Selamat Tinggal Kota Kinabalu
sebenarnya ada 5 pulau tau..tapi Pulau Manukan yang ramai orang pergi…nak pergi kelima-lima pulau..kenalah tambang lebih sikit.
hello akkak hope you see this soon, im sorry if im being rude but can u tell me if there any tour guide from manukan island u know
Hye.. maa dik, akak tak tahu…tapi adik boleh search rasanya..ramai tour guide di sana.. masa akak pergi sendiri-sendiri saja.