Zaleha Textiles dah berpindah ke bangunan baru. sederet dengan sen heng dan kedai 7 eleven. Satu-satunya tempat untuk membeli kain pasang, tudung, jubah, telekung dsb dengan harga murah di Pasir Puteh, Kelantan.
Kedai Kain Pasang Zaleha
Masa balik cuti CNY, sempat juga singgah di Zaleha Textiles bangunan baru ni. Macam biasa, di bangunan dulu pun setiap kali musim cuti memang penuh dengan kereta-kereta berhenti hingga jalan pun jem.
Sekarang susunan nampak lebih kemas dan kedai semakin besar serta dua tingkat. Tingkat bawah ditempatkan segala jenis tudung manakala tingkat atas kain pasang dan lain-lain. Masing-masing semua tekun memilih design-design tudung terkini termasuklah my mom ini.
Sejak dibuka di bangunan baru, pertama kali my mom singgah. sekali singgah sambar dua helai tudung, dua jubah dan aku sempat sambar sepasang kain pasang. Tak dapat nak lama sebab kami sampai pun agak lewat, kedai ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang sahaja. waktu bayar dalam pukul 6.45 petang, mereka dah mula tutup beberapa lampu. My mom beli dua tudung dapat diskaun sebab tudung yang dia berkenan hanya ada satu saja dan batu pada kerongsang pun ada yang tertanggal. sebab berkenan punya pasal, beli juga.
Apa yang aku perhatikan, kebanyakkannya pembeli adalah dari luar. Kat sini, boleh dapat dengan harga pemborong jika beli dalam kuantiti yang banyak.