Tak tahu dah berapa kali aku pergi restoran ini. Asal nama kedai makan ini adalah Restoran Sahabat. Kini, dah tukar kepada King’s Tom Yam. Eloklah dah tukar, sesuai sangat dengan menu tomyam yang ada di sini. Semua menyengat sedap ya amat.
Sambut Birthday Mak Mertua
Kali ini pergi sempena sambut hari lahir Mak Mertua. Plan adik beradik belah Mr. Ery nak makan shell out. Apalagi terus suggest di King’s Tom Yam, Puchong. Walaupun dah banyak kali, menu tetap yang aku order mesti shell out atau menu set untuk satu keluarga.
Menu shellout ini pun ada ikut pakej. Satu set shellout berserta ikan siakap dan air. Harga pun berpatutan. Setiap kali aku datang sini, meja mesti penuh. Tak kira awal bulan, tengah bulan, mahupun hujung bulan.
Baca : Raja Segala Tom Yam
Maaflah dah tak pandang kiri kanan bila hadap shellout ni. Bagi aku, shellout tomyam lagi sedap dari butter. Order sekali shellout butter untuk anak-anak sebab tidak pedas.
Setiap tahun, anak-anak belah mertua akan menyambut hari kelahiran mak dan abah. Selamat hari lahir kepada Hajah Maimunah Mat. Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik berpanjangan.
Alhamdulillah… dapat gembirakan hati emak ayah melalui program seperti ini… semoga murah rezeki sekeluarga..
Anuar recently posted…Senarai Rumah Banglo, Teres dan Appartment Mampu Milik di Negeri Perak
Menarik dan nampak sedap. Meriahnya makan dengan family. Thank you sebab bagi info tu ye.