Loading...
Perkhidmatan

Kedai Cermin Mata Viral di Page Rizal Hakimm Tuuuuu. Betul ke tidak betul?

kedai cermin mata viral

Susah sikit nak percaya apa-apa kalau yang viral kat facebook ni. Banyak yang share tak serupa bikin pun. Tak pun viral sekejap lepas itu menyepi.. ada tu lenyap terus. Semalam ada lawan boling opis di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square..sempat aku singgah di Sungei Wang Plaza..seberang jalan jea. Aku nak cari kedai cermin mata yang pernah viral di page rizal hakimm. Betul ke harga kat sana murah sangat.

Nasib baik kakak temankan…tidaklah berpusing sendirian dalam mall yang aku tak biasa pergi. Jalan ke sana, jalan ke sini akhirnya jumpa juga kedai Eye Smart Vision bernombor G070..Tingkat G nombor 70.. Ingat tau.. Kenapa aku terus mention nombor kedai…sebabnya sederet kedai semua menjual cermin mata. Dalam deretan kedai ni, ada kedai yang bersaing dan ada cawangannya yang lain. Better ingat satu nama ni kan..

Lalu depan kedai, terus nampak harga RM65 terpapar di rak cermin mata. Aku macam “eh, betul ke harga ni..mesti harga untuk frame jer ni”. Aku disapa dengan seorang lelaki cina yang jaga kedai.. dan aku tanya “harga tu untuk frame saja ke?”.. “eh bukan, untuk frame dan lens”. Terkejutlah aku… Jam tu juga aku nak buat. Lagipun cermin mata lama dah calar teruk. Siap pula dalam masa setengah jam…sempatlah tunggu sebelum lawan boling.

kedai cermin mata viral

kedai cermin mata viral

2000pcs pilihan frame

Aku diminta ke cawangan yang lebih besar…ala sekangkang kera jer jarak dengan kedai yang aku pergi. Sana lagi banyak frame yang boleh aku pilih dan try. Dah banyak depan mata, tak tahu dah nak pilih yang mana.. “tokey, berapa banyak design frame yang ada ni?” “lebih kurang 2000pcs, katanya”. Makaiihhh…banyaknya..

Klik gambar untuk besarkan.

 

Maka, terjadilah posing seorang mama bersama anaknya. Amboii, sama naik kakak dengan gayanya memakai spek. Puas pujuk aku nak suruh aku buatkan sekali untuk dia.. ingat pakai cermin mata ni nak bergaya ke anak oiii… mama ko ni rabunlah. Mata kamu masih elok.

Agak-agak yang mana sesuai dengan bentuk muka aku ni? Nak try yang bulat, lagi bulat muka aku.. Tapi aku tanya kakak, “cantiklah tu mama“…ala, nak bodek punya pasal. Bab pilih frame memang aku agak cerewet, tak suka jenis frame yang mengembangkan tudung kat sisi kiri kanan. Yealah, aku kan  jenis yang suka pakai shawl melekat dahi…Bila pakai frame yang tak sesuai, sakit mata aku tengok…dahlah tak cantik…bertambah lagi hodohnya.

Lens Alpha 420 Blue

Selesai pilih frame, aku diterangkan kelebihan Lens Alpha 420 Blue. Apa benda tu? Sejenis lens anti silau, kalis air dan sangat nipis. Bila pakai cermin mata, tak rasa pun beban cermin walaupun power sangat tinggi. Yang mana kerjanya banyak mengadap komputer memang sangat-sangat disyorkan. Termasuklah aku sendiri, memang hari-hari kerja depan pc. “Habis, kalau saya pakai lens ni..berapa pula kena tambah duit?” “Tambah RM60 jer..so total semua RM125” Tak fikir panjang, terus kata okey.

kedai cermin mata viral

Walaupun dah tahu berapa tinggi power, tetap akan check lagi..dan “Tahniah yea, u punya power dah naik” . Hahaha, terima seadanya beginilah nasib seorang pemakai cermin mata yer.

kedai cermin mata viral

Dah setel periksa mata dan test power.  Tunggu proses siap dalam masa setengah jam. Sempatlah aku meronda dalam mall dulu. Sebab aku pun kejar masa, tepat setengah jam aku datang balik dan okey cermin mata dah siap. Pantas giler ko.. kedai lain tak ada servis macam ni.

Aku terus sarung dengan frame yang aku dah pilihlah. Masa ni, tokey tu buat test kesilauan gitu… Nampak dia pegang apa kat tangan tu…sejenis lampu laser warna biru. Dia pancar kat mata aku “Ada silau tak?” “Ada tembus tak?” Tak tembus pun cahaya biru tu kat cermin…happy lah aku..konpem selepas ini akan kena drive waktu malam..no more excuse lagi..

kedai cermin mata viral

Terus pakai, yang lama simpan dalam kotak..Balik rumah terus buang.. Dah ada yang baru kan.. Terima kasih tokey, lu punya kedai…manyakkk murah ooo…ingatkan tak betul…tapi ini betul-betul murah..

kedai cermin mata viral

Recommended

Sangat-sangat recommended kedai ini. Yang mana dah rasa rabun atau nak tukar cermin mata baru..korang cari dia nama Mr William (016-377 1304). Banyak pengalaman ni…ko tanya apa..pasti dia boleh jawab. Oh yea, ini antara cawangan kedainya dan semua dalam Sungei Wang Plaza. Eye Vision Optical (Lot G096), Eye Smart Vision (Lot G070), Eye Smart Concept (Lot G079), Eye Pro Vision (Lot G111). Ada satu cawangan lagi yang bakal dibuka..Pun kawasan dekat situ juga.

Beza sebelum dan selepas. Semua tak perasan aku dah pakai yang baru.. Tak banyak beza, design petak juga yang berkenan di hati dan bertambah comel kan aku..

 

 

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

One comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE